Hiburan: April 12, 2020 at 06:04AM
Setiap manusia mempunyai bakat dan kelebihan tersendiri yang boleh digilap. Begitulah kisah yang dialami oleh seorang pengguna Twitter, Amirullah apabila tindakannya bermain piano secara suka-suka akhirnya mendapat perhatian netizen selepas videonya viral di media sosial.
Bakat bermain piano
Hahaha bro thankss ..lepas hantar order tadi kat situ..tengok macam line clear main la kejap, rupanya ada orang rakam hahaha ? tak sangka pulak anyway thanks bro..tu lagu utk korang harini sunyi2 dekat IYC ?? baru meriah https://t.co/K6KmIG7Es0
— Amirullah (@Swagggys) April 11, 2020
Video yang berdurasi 0:32 saat itu memaparkan seorang pemuda yang juga bekerja sebagai penghantar makanan sedang bermain piano di salah sebuah lokasi penghantarannya. Menurut Amirullah, selepas menghantar makanan kepada pelanggan dia yang sedang menuju ke motosikalnya tiba-tiba ternampak sebuah piano yang berada di situ.
Dia kemudian mengambil peluang itu untuk cuba bermain piano dengan memainkan lagu Kisah Cinta Kita oleh Hafiz Suip dan Havana nanynian Camelia Cabello. Namun, tanpa disedari tindakannya itu telah dirakam oleh individu yang berada di situ iaitu Izat Yuan. Lebih mengejutkan apabila video Amirullah ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen sebaik sahaja video tersebut dimuatnaik dan viral di media sosial.
Belajar daripada Youtube
Rata-rata daripada netizen tertanya-tanya tentang gred piano yang dimiliki oleh Amirullah kerana berdasarkan cara dia bermain menunjukkan dia seorang yang sangat berbakat dan professional. Menjelaskan perkara itu, Amirullah memberitahu bahawa dia langsung tidak pernah pergi ke kelas piano apatah lagi dengan memiliki gred seperti yang dikatakan mereka. Tambah Amirullah lagi, dia hanya bermain piano secara suka-suka dan selama ini dia hanya belajar key piano menerusi Youtube sahaja.
Bakat yang ada pada pemuda ini memang tidak dapat disangkal lagi sehingga mendapat pelbagai pujian dan kata-kata semangat oleh netizen yang menonton.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment