Pages

Hiburan: Voice Note Pengubat Rindu Aishah Sinclair Terhadap Arwah Abang

Hiburan: April 18, 2020 at 06:40AM

Hari ini genap 2 bulan pemergian arwah Ashraf Daniel Mohammed Sinclair atau lebih dikenali sebagai Ashraf Sinclair. Menerusi Instagram Aishah Sinclair, dia meluahkan perasaan rindu terhadap arwah abangnya itu.

I miss you abang!

It's two months today. Not a single day has gone by that we don't think about you. They say time heals, but it hurts just the same. I came across your voicenote in my Google Drive. Hearing your voice helped ease the pain a little, but reminded me that there is a void in my heart that will never be filled now that you are gone. I miss you so much Abang. If you think about my brother today, please read him Al-Fatihah or send him a prayer. Thank you.

Menurut Aishah, setiap hari dia akan memikirkan arwah abangnya. Pejam celik hari ini genap dua bulan arwah Ashraf telah pergi meninggalkannya. Tambahnya, dia menjumpai catatan suara abangnya di Google Drive baru-baru ini. Perkara itu sedikit sebanyak mengubat kerinduan buat arwah. Di samping itu, dia memberitahu bahawa terdapat kekosongan di dalam hatinya setelah abangnya tiada. Ungkapan rindu turut diungkap oleh Aishah.

Al-Fatihah

Terdahulu, Aishah menyifatkan arwah abangnya seorang yang sentiasa melindungi adik-adik dan menjadi tempat rujukan buat mereka seandainya ingin membuat keputusan.

Ketika membesar, abang adalah suara saya. Abang menjadi pelindung dan pada masa sama memarahi saya jika keadaan menjadi tidak terkawal kerana ketika kecil saya memang nakal. Apabila sudah dewasa, abanglah yang saya rujuk setiap kali mahu membuat keputusan penting termasuk dalam karier mahu pun fesyen. Abang sentiasa ada masa untuk saya, biar sesibuk mana pun.

Arwah Ashraf meninggal dunia di Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC), Kuningan, Jakarta, Indonesia. Arwah juga telah meninggalkan balu, Bunga Citra Lestari dan anak mereka Noah Aidan Sinclair, berusia 10 tahun.

Sumber: Aishah Sinclair



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular