Pages

Hiburan: Wajah Bengkak, Berkedut Seperti Wanita Tua Ketika Hamil

Hiburan: April 17, 2020 at 04:42AM

Setiap ibu yang mengandung pasti akan melalui pengalaman yang berbeza-beza antaranya ialah dari segi pemakanan. Ada dalam kalangan mereka yang tidak boleh menghidu bau sesuatu jenis masakan atau makanan. Tidak kurang juga ada yang tidak boleh menghidu bau badan suami dan minyak wangi.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila Nor Sahira II melalui pengalaman agak pelik sehingga menjadikan wajahnya seakan-akan wanita berumur.

Wajah mula membengkak

Maaf terlalu banyak yang pm tentang gambar yang saya up dekat story. Saya jawab dekat sini yer. Tak larat nak balas satu-satu. Muka saya berubah teruk masa mengandung 3 bulan anak ke-3. Muka saya sikit-sikit naik bengkak, sembap, berkedut dan hitam. Awak semua terkejut . Saya berlipat kali ganda terkejut . Tak pernah pembawakkan budak seteruk ini.

Menurut perkongsian yang dimuatnaik Nor Sahira, dia memberitahu wajahnya menjadi begitu semasa dia mengandungkan anaknya yang ketiga. Mukanya secara tiba-tiba telah mula membengkak dan berkedut tanpa mengetahui sebabnya. Tambahnya lagi, dia amat terkejut melihat keadaan mukanya itu kerana dia tidak pernah mengalami pengalaman seperti ini semasa kehamilannya yang pertama dan kedua.

Lepas bersalin, wajah semakin pulih

 Masa mengandung , hari-hari stress , nak berdepan dengan orang ramai. Saya cuma mampu senyum, tapi dalam hati, hancur lebur. Tapi lepas bersalin, siket demi sikit semuaNya hilang. Bengkak mula surut, hidung besar mula elok, kulit makin cerah . Jangan tanya pakai produk ape. Saya tak pakai apa-apa. Yer ramai kata , terlalu berbeza. Macam orang tua, macam nenek , saya tak boleh menidakkan. Sebab memang itu yang jadi dekat saya .

Tambah Nor Sahira lagi, dia mengakui bahawa dengan keadaan wajahnya ini membuatkan dia kerap berasa tertekan terutamanya apabila berdepan dengan orang ramai. Namun keadaan wajahnya kembali pulih sedikit demi sedikit selepas dia bersalin. Keadaan hidungnya yang bengkak dan besar kini sudah mulai surut. Tambahnya lagi, kulit wajahnya yang sebelum ini gelap juga sudah beransur cerah.

Alhamdulilah. Syukur kehadrat ilahi. SegalaNya dah back to normal. Terima kasih pada suami yang sentiasa puji saya cantik, walaupun saya tahu sebalikNya. Dia nak sedapkan hati isteri dia.

Menceritakan perkara itu, Nor Sahira mengakui bahawa dia langsung tidak menggunakan apa-apa produk pada wajahnya itu. Dalam kesempatan itu juda dia turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada suami dan ahli keluarganya kerana sentiasa berada di sisinya sepanjang tempoh tersebut.

Sumber: Nor Sahira II



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular