Pages

Hiburan: Zarina Anjoulie Fail Saman 4 Juta Ke Atas Amyza Aznan & Emelda Rose

Hiburan: April 15, 2020 at 01:28PM

Isu kontroversi pelakon Zarina Anjoulie yang menegur sikap segelintir artis yang merayu bantuan kerajaan selepas mengamalkan gaya hidup mewah bagai tiada penamat. Perbalahan pendapat antara Zarina dan beberapa artis lain diheret hingga ke mahkamah. Harian Metro melaporkan Zarina telah menuntut permohonan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta ke atas pelakon Amyza Aznan dan Emelda Rose.

Bagi tempoh 7 hari untuk respon

Zarina menuntut permintaan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta kerana menjatuhkan reputasinya melalui muat naik di media sosial dan komen-komen berbaur fitnah mengenai dirinya di Telegram dan Instagram. Dia juga menuntut sebanyak RM3 juta dari Amyza Aznan dan RM1 juta dari Emelda Rose.

Surat-surat tuntutan itu dihantar hari ini melalui firma guaman NHA Advocates and Solicitors dan dia juga memohon kedua-dua individu itu untuk berhenti menulis dan menerbitkan apa-apa bentuk tulisan mengenai dirinya.

Menurut peguam Zarina, Nurul Hafidzah Hassan, tindakan itu diambil oleh sebab kedua pelakon itu telah menjatuhkan reputasi Zarina di beberapa platfor dengan melakukan penyiaran komen-komen yang tidak tepat.

Zarina alami trauma

Kami akan mengambil tindakan undang-undang yang diperlukan jika surat tuntutan tersebut tidak dijawab dalam masa tujuh hari.

Selain itu, kedua pelakon tersebut diminta untuk membuat maklum balas dalam masa tujuh hari sebelum tindakan lanjut bakal dikenakan. Tambahnya lagi kedua-dua pelakon tersebut tidak mempunyai fakta sokongan ketika menuduh Zarina sebagai individu jahat dan tidak bermoral. Zarina turut dikatakan mengalami trauma selepas mereka berdua mengutuk melalui penyebutan nama dan body shaming.

Sumber: Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular