Pages

Resepi: Potato Smiley

Resepi: April 22, 2020 at 02:05PM


Potato Seaweed Smiley
By Kak Wan

Bahan-bahan
3 biji ubi kentang Russet
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar serbuk roti
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih

Potato Seaweed
Tambahkan 6 keping seaweed yang di kisar ke dalam adunan.

Cara-cara :

  1. Kupas kulit kentang dan rebus hingga empuk.
  2. Lenyek kentang hingga halus ketika masih panas.
  3. Tambah garam dan serbuk lada putih.
  4. Masukkan tepung, tepung jagung dan serbuk roti.
  5. Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
  6. Ambil sedikit adunan, leperkan dengan spatula plastik.
  7. Terap bulat, guna straw untuk membuat mata.
  8. Guna hujung sudu makan untuk membuat mulut.
  9. Goreng dalam minyak dengan api kecil hingga keemasan.


Nota :
Guna api kecil ketika menggoreng supaya tidak mengelembung.
Celup cutter dalam tepung setiap kali menerap supaya tidak melekat.
Leperkan adunan dengan spatula plastik 1 cm tebal sebelum di terap.
Jangan canai dan terap sekaligus kerana merosakan bentuknya.

Potato Smiley


Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular