Pages

Hiburan: 10 Malam Terakhir Ramadan, Riena Diana Kongsi Bahaya Fitnah

Hiburan: May 17, 2020 at 07:28AM

Berkongsi ilmu di laman Instgramnya, nama Riena Diana kini menjadi perhatian netizen apabila beliau kini giat berinteraksi bersama peminatnya mengenai amalan sesama manusia.

riena diana

Riena juga dilihat tidak mahu ketinggalan mengutip pahala pada 10 malam terakhir dengan berkongsi tentang beberapa perkara yang mampu memberi kesedaran kepada para pengikut di laman berkenaan.

Tambah Riena, beliau membincangkan berkenaan fitnah yang hanya memberi kesan negatif kepada kedua-dua pihak.

Lebih perit, Riena turut menegaskan individu yang difitnha mungkin berada dalam keadaan tertekan sehingga mempu menyebabkan kemurungan.

View this post on Instagram

10 malam terakhir ni riena rasa nak spread awareness satu hari satu topik. Harini i decide nak cakap pasal fitnah . Just don't assume things la basically and then benda tu boleh jadi fitnah . I percaya benda2 ni wujud everywhere but believe me kita tktahu bila kita assume or fitnah someone or talk about someone , kita taktahu effect dia dekat orang lain . Tak rasa berdosa ke or tak rasa bersalah ke dok buat fitnah dok kutuk org pastu satlagi orang tu stress ke depression ke and then kita tktahu kemampuan seseorang tu macam mana sama ada orang tu boleh handle stress ke tidak. Lain orang lain cara diorang handle stress. WE NEVER KNOW . Kita dok sibuk la hal orang lain sampai hal tepi kain sendiri kita tak jaga and terlupa. Dok sibuk la dosa orang lain sampai dosa sendiri kita lupa . It's not too late pun untuk sedar and fix diri kita sendiri sebab lebih baik ada kesedaran dalam diri daripada kita rasa kita baik all the time , jgn smpai hati dah jadi hitam . So just stop and mind ur own business . #rienaspreadawareness #esokspreadawarenessapapulak

A post shared by @ rienadiana_ on

Menurutnya, setiap individu mempunyai tahap kesihatan mental yang berbeza, kerana lain orang lain cara mereka mengawal tekanan.

"Sama ada orang itu boleh kawal tekanan ke tidak. Lain orang lain cara mereka kawal tekanan. Kita tak akan pernah tahu."

Ujarnya lagi, masih belum telambat untuk seseorang itu memperbaiki diri dan tidak mengambil tahu akan urusan orang lain. Cukup sekadar menjaga hal diri sendiri sudah memadai.

"Kita duk sibuk la hal orang lain sampai hal tepi kain sendiri kita tak jaga dan terlupa. Sibuk dosa orang lain sampai dosa sendiri kita lupa."

Riena yang melonjak naik selepas membintangi dama popular Kampung People itu sempat menyeru kepada orang ramai supaya segera berhenti menyebarkan fitnah kerana perbuatan keji tersebut mampu mengundang pelbagia masalah kelak.



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular