Pages

Hiburan: Ada Anak Kecil Bukan Halangan Rumah Syatilla Melvin Macam Tongkang Pecah

Hiburan: May 8, 2020 at 09:04AM

Gemar melakukan aktiviti dekorasi di rumah, Syatilla Melvin atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin kongsi perubahan yang dilakukannya di laman Instagram.

syatilla melvin shaheizy sam

Syatilla juga memaklumkan, sepanjang tempoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari, beliau dan suami telah melakukan perubahan dekorasi di ruangan tidur.

Tambah pelakon drama Kerna Syurga Bukan Peruma itu lagi, meskipun memiliki anak kecil ia bukanlah alasan untuk tidak mengemas rumah.

"Kami laki bini memang gila deco rumah! Ada anak kecik bukan alasan rumag semak samun mcm tongkang pecah!

"Sapa tau ig shop berkenaan brg rumah yag best2 boleh mention kt bawah!

"Ni hasil berkurung kt rumah, master bedroom semua dh jadi warna lain, perabot2 lama semua gone!

"Siapa kaki deco rumah lagi?? Ni bru 30% siap!!! 70% lagi otw! Sapa nk tgok hasil?," tulis Syatilla.

Syatilla Melvin shaheizy sam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji sikap Syatilla yang rajin melakukan kerja rumah, malah pelakon berusia 29 tahun ini juga kelihatan bijak mengendalikan masa yang terluang dengan melakukan aktivti bermanfaat bersama suaminya Shaheizy Sam sepanjang tempoh PKP ini.

Menyambut ulang tahun perkahwinan keempat pada 8 Februari lalu, Syatilla dan Sam kini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhezy, 2 tahun dan Sarima Samheizzy, 10 bulan.



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular