Pages

Hiburan: ‘Awalnya Doktor Kata Itu Adalah Demam Viral’- Ibu Terkejut Anak Hidap Penyakit ‘Kawasaki’

Hiburan: May 10, 2020 at 06:40AM

Penyakit Kawasaki adalah satu jenis penyakit yang luar biasa dan jarang sekali berlaku. Penyakit ini juga dikatakan mudah menjangkiti kanak-kanak terutamanya mereka yang berumur di bawah 5 tahun.

Terbaru, seorang pengguna Facebook iaitu Nur Leayanna Juan ada berkongsi pengalaman menjaga anaknya yang dikesan menghidap penyakit Kawasaki.

Mula-mula demam biasa

Penyakit Kawasaki mungkin meningkat akibat Covid-19 – Pakar perubatan. 'Kawasaki Disease tidak beroda tidak berenjin'. Penyakit Kawasaki ini adalah antara kids specified illness yang berpotensi menyebabkan komplikasi jantung. Jadi bila dah kena, kemungkinan besar nak ambil insurans, tak lepas. Please please please protect you kid now. Tolong bersiap sedia! Memandangkan ramai yang dok tanya condition Umar El Fateh. So kita share sikit pengalaman 2 kupang pasal Kawaski Disease ni.

29 April 2020, badan Umar tiba tiba panas masa bangun sahur. So memang bagi ubat demam biasa ja dulu kat dia and monitor sendiri kat rumah. Tapi dah malam nampak dia makin lembik dan suhu pun makin tinggi. Tapi kita hold lagi sampai esok. 30 April 2020, pagi time sahur pun badan dia still panas. 39.6. Dia punya panas sampai dah tuam dengan kain basah pun tak sampai 5 minit kain tu dah kering. Jadi pagi-pagi terus bawak dia pergi klinik. Doktor cek kata tonsil dia bengkak. Kemudian doktor terus start dengan antibiotik sebab suhu dia tak turun turun even dah makan ubat.

1 Mei 2020, time sahur dia dah bangun sebab badan terlampau panas. 39.8 even dah start antibiotik. Then time tu baru perasan macam ada beguk dekat telinga belah kanan dia. Umar nampak makin lembik. Start muntah muntah juga. Hari ini cuti umum. So nak rujuk balik kat klinik tapi tutup. So kita memang terus bawa pergi emergency. Doktor memang nasihatkan suruh admit terus. Doktor pun at first cakap viral fever.

Kesihatan Umar makin lemah

Tapi sebab nak bagi cepat sikit suhu turun dia nak suruh drip terus dan doktor nak buat ultrasound untuk pastikan bengkak yang macam beguk tu bengkak biasa atau disebabkan ada nanah. Alhamdulillah keputusan ultrasound just mention tu kelenjar biasa tak ada apa apa yang bahaya. Oh lagi satu Umar mmg tak makan apa apa langsung since dia sakit. Langsung. Jadi memang perlukan air untuk nak make sure dia tak dehydrated. So Umar pun admit la untuk drip dan mula antibiotic hari ni.

2 Mei 2020 hingga 4 Mei 2020, masa ni memang dah tak sedap hati. Tengok keadaan Umar makin lemah berbanding semalam. Patutnya dah mula antibiotik dia makin okay. Tapi doktor masih kata tak apa. Dia nak monitor dulu. Sampai la dah hari ke lima antibiotik pun Umar masih lemah. Muka makin sembab. Mata nampak merah. Tangan kaki bengkak. Dia langsung tak berdiri atau jalan sepanjang tempoh ni. Memang tidur, berdukung ja. Muntah muntah. Cirit semua ada. Time ni memang tak sedap hati dah.

Asal doktor datang melawat ja memang complain kata kenapa Umar macam makin lembik? Time ni doktor pun dah nampak pelik dan dia mula perasan simptom-simptom Kawasaki ni ada dekat Umar. Dia bagi satu malam lagi if esok still demam juga nak kena ambil darah untuk check. Time ni la baru nak tanya Maha Guru Google Al- Duniawi research tengok apa tu Kawasaki disease ni sebab tak pernah dengar. Bila baca Ya Allah tuhan ja tau perasaan macam mana.

Disahkan hidap penyakit Kawasaki

5 Mei 2020, Umar masih demam panas malam tu. So subuh-subuh nurse dah suruh bawa dia pergi treatment room untuk ambil darah. Pagi tu doktor datang bagi tahu result darah Umar kuman tinggi dan ada ciri-ciri Kawasaki. Then doktor terus bawa Umar pergi scan jantung (Echocardiography). Ada berita buruk sikit sebab Arteri jantung Umar belah kanan dengan kiri memang ada bengkak dan ada air bertakung sikit. Lepas pada scan jantung baru doktor inform yang Umar confirm Kawasaki disease. Jadi bila confirm kena penyakit Kawasaki ni memang kena buat rawatan cepat. Kalau lambat jantung akan bengkak teruk dan akan ada kesan untuk jangka panjang pada pesakit.

Untuk pengatahuan, penyakit Kawasaki ni dia tak ada test khas macam kita buat ujian saringan Covid-19 tu. Untuk confirmkan penyakit Kawasaki ni kena ambil masa yang lama jugak sebab nak kena tengok keadaan pesakit by simptom. Dah ada simptom-simptom Kawasaki pada pesakit baru buat scan jantung (Echocardiography) then dah dapat keputusan scan baru boleh confirm kena penyakit Kawasaki ka tak. Macam Umar demam dah lebih pada 5 hari baru simptom Kawasaki ni nampak dekat badan dia. So memang kena buat rawatan cepat.

Doktor terus suruh proceed treatment. Untuk rawatan penyakit Kawasaki ini kena ambil ubat IVIG. Tapi doktor bagi tahu siap-siap ubat ni harga dia boleh tahan. Dia kirakan dose Umar nak kena ambil untuk treatment. 9 botol drip dia kena ambil. Jumlah kos untuk ubat dia je almost RM8k. Ubat ja belum masuk benda-benda lain lagi. Tapi memang tak fikir apa dah. Sebab doktor bahitau kita kena cepat mulakan rawatan sebelum makin melarat. So start 1:50pm Umar on drip for 12 jam tanpa henti. Sejak Umar warded 3 kali dia kena tukar branula sebab tangan dia makin lama makin bengkak so drip tak jalan.

Menjalani rawatan

6 Mei 2020, Alhamdulillah Umar settle 9 botol drip tu by 3 pagi juga. Lepas pda tu mmg Umar tak ada demam dah. Alhamdulillah. Muka dia pun nampak lagi ceria n tak sembab mcm sebelum ni. Ya Allah lega rasa masa ni. Dia dah boleh senyum dan respond bila kita cakap dengan dia. Alhamdulillah. Tapi dalam tengahari nurse check suhu dia masih ada mild fever. Allah risaunya masa ni. Sampai malam pun range suhu dia masih border range. Jadi doktor nak monitor dia lagi.

7 Mei 2020, kalau ikutkan plan awal, harini dah boleh discharge. Tapi sebabkan Umar still tak sihat ada demam, doktor tahan lagi 1 malam. Nak monitor sampai dia tak ada demam langsung baru boleh bagi balik. Alhamdulillah Umar active sepanjang hari. Ok mai nak share sikit pasal ubat dia. Lepas pada treatment Umar kena makan ubat Aspirin. Doctor kata memang orang yang ada masalah jantung akan makan ubat ni. Tapi even orang besar yang ada masalah jantung akan makan ubat ni sehari sekali. Tapi Umar sekarang kena makan ubat ni tiga kali sehari. Dose yang sama ya. Sedih sangat bila tengok dia terpaksa bergantung dengan ubat yang kuat macam ni sekali.

Alhamdulillah

8 Mei 2020, alhamdulillah Umar dah 95% sembuh. Dah boleh discharge hari ini. Sekarang tangan Umar start menggelupas terkeluar habis kulit tangan dia. Mungkin kesan ubat or memang simptom kawasaki ni juga. 8 hari berkampung yang penuh dengan cabaran. Alhamdulillah manage to survive. Syukur kepada Allah. Terima kasih keluarga yang banyak membantu dan terima kasih banyak untuk yang mendoakan Umar Fateh. Terima kasih juga kepada Dr Tan dari Avisena. Antara Dr yang tersempoi. Dia boleh mai check pesakit bawak pam dengan ballon untuk bagi dekat budak-budak. Siap buat bentuk macam-macam lagi. Thanks Dr Tan.

Total bill hospital Umar RM17k++. Kepada Ibu Bapa diluar sana sedialah payung sebelum hujan. Kalau mampu ambil lah insurans takaful untuk anak-anak. Malas dah nak terang sebab apa kena ambil. Sekarang dah 2020. So ini la serba sedikit pengalaman dan perjalanan yang saya dah lalui untuk kongsi dengan semua pasal Kawasaki disease ni. Saja share bukan sebab saya agent insurance ka apa tapi sebab this time kita rasa berbaloi sangat dengan monthly fee yang tak seberapa tu boleh tolong kita time time macam ni. Lately dah start nampak case Kawasaki ni tengah naik juga musim-musim Covid-19 ni. So please stay safe dan doa banyak-banyak.

Salah satu simptom – strawberry tongue. Simptom dia susah nak kesan awal awal. First demam tinggi. Lepas tu dia naik macam beguk. Doktor tak declare lagi Kawasaki. Bila demam dah lebih 5 hari pastu baru simptom lain naik. Mulut dia merah macam strawberry. Lepas itu kaki tangan bengkak.

Sumber: Nur Leayanna Juan



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular