Pages

Hiburan: Baru Masuk Kerja 3 Hari, Lelaki Disahkan Meninggal Dunia Dilanggar Pemandu Mabuk

Hiburan: May 29, 2020 at 10:52AM

Beberapa hari lepas satu kemalangan maut melibatkan seorang pemandu mabuk yang memandu melawan arus telah menyebabkan kematian seorang lelaki dalam perjalanan ke tempat kerja. Kejadian melibatkan pemandu mabuk dilihat semakin meningkat naik. Menerusi Harian Metro, satu lagi kejadian yang melibatkan pemandu mabuk telah mengorbankan seorang lelaki.

Maut dalam perjalanan pulang ke rumah

Kejadian berlaku jam 6 pagi di Kilometer 34.2 Lebuhraya Persekutuan menghala ke ibu negara. Pembonceng motosikal maut di tempat kejadian manakala rakannya yang menunggang motosikal dilaporkan cedera parah. Mangsa yang cedera parah kini dirawat di Zon Merah, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kedua-dua mangsa merupakan rakan sekerja di sebuah syarikat kurier dan dalam perjalanan pulang ke rumah di ibu negara. Mangsa baru sahaja mula berkerja 3 hari yang lalu.

Ketatkan operasi banteras pemandu mabuk

Pembonceng motosikal, lelaki berusia 42 tahun maut di tempat kejadian manakala penunggang motosikal, lelaki berusia 30 tahun parah dan dikejarkan ke PPUM.

Pemandu kereta adalah lelaki tempatan yang juga seorang penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta berusia 22 tahun. Dia tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, siasatan mendapati pemandu kereta berkenaan hilang kawalan dan melanggar motosikal mangsa yang berada di laluan motosikal. Polis juga mendapati pemandu terbabit memandu di bawah pengaruh alkohol. Tambahnya lagi, pihak polis akan memperhebatkan lagi usaha mengekang dan membanteras pemandu mabuk menerusi Ops Alkohol.

Sumber: Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular