Hiburan: May 22, 2020 at 08:56AM
Memilih untuk mengakhiri zaman bujang dengan berkahwin adalah yang terbaik. Sebelum berbuat demikian, kebanyakan pasangan bercinta akan membawa kekasih mereka berjumpa dengan keluarga terlebih dahulu.
Seperti perkongsian pengguna Twitter Kysstna, membawa pulang teman lelakinya itu 'ditemuduga' dengan ibu bapa di rumah. Tapi tidak sangka pula tindakan lelaki ini berjaya menambat hati keluarganya.
Kena sentiasa bersedia
Gadis berusia 19 tahun ini berkongsi keterujaan itu di laman Twitter yang telah meraih 9 ribu retweet. Dia berharap orang ramai dapat memperolehi kebaikan menerusi perkongsiannya itu. Dimana, lelaki perlu sentiasa bersedia berdepan dengan keluarga kepada perempuan terutamanya mengenai soal agama.
Malah, setiap kali ingin keluar bersama, dia akan memaklumkan terlebih dahulu kepada ibu. Anda sebagai lelaki juga dinasihatkan untuk meminta izin kepada keluarga perempuan ye..
Video solat berjemaah
From
"i nak you jd makmum i"
to
"you jadi imam family i" real quick ???? pic.twitter.com/5SDfGVMGHb— ??? ? (@kysstnaa) May 21, 2020
Kena ubah diri jadi baik
Jika anda inginkan pasangan hidup yang 'sempurna', sedap mata memandang, anda perlulah mengubah diri ke arah kebaikan. Belajar mengenai soal agama, adat bersama orang lebih tua dan sebagainya.
Perkongsian gadis ini turut mendapat banyak respon positif daripada netizen. Mereka turut menyakini kekasihnya itu adalah 'imam' yang terbaik buat seorang wanita atas tindakannya dapat mengimamkan solat keluarga.
Comelnya boyfriend jadi imam
Dia masih meluahkan perasaan tidak percaya dengan apa yang berlaku pada hari berkenaan. Rata-rata pengguna Twitter mendoakan agar gadis ini akan menamatkan zaman bujang bersama kekasihnya itu tidak lama lagi.
Sumber: Kysstna
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment