Pages

Hiburan: Bekas Isteri PU Abu, Hana Azraa Kongsi Rahsia Kekal Hubungan Baik Dengan Kedua-Dua Bekas Suami

Hiburan: May 18, 2020 at 06:33AM

Sesiapa yang mengikuti kisah kehidupan PU Abu Sufyan, pasti mengetahui bahawa lelaki itu telah terpalit dengan pelbagai kontroversi sejak daripada tahun lepas lagi. Daripada penceraian kepada perkahwinan baru sehinggalah ke penceraian buat kali keduanya.

Hana Azraa yang kini merupakan bekas isteri pendakwah tersebut terus menjadi perhatian umum meskipun sudah mengesahkan bahawa dia bukan lagi isteri kepada PU Abu.

Terbaru, Hana yang juga usahawan itu mendedahkan bahawa dia masih lagi mempunyai hubungan yang baik dengan bekas suaminya yang pertama seleas berpisah  tetapi tidak dapat dipastikan identiti sebenanya.

hana azra baik dengan bekas suami

Malahan bekas suaminya itu tidak segan membawa teman wanita kunjungi rumahnya bagi mengambil anak mereka untuk dibawa keluar dan bersiar-siar. Bukan sahaja baik dengan lelaki itu bahkan Hana menyatakan bahawa dia juga akrab dengan bekas keluarga mertua.

Bagi yang tidak mengetahui, Hana mempunyai seorang anak perempuan daripada perkahwinan pertamanya yang kini sudah berusia 4 tahun sebelum berkahwin dengan PU Abu.

hana azra baik dengan bekas suami

Menerusi perkahwinannya bersama pendakwah tersebut, Hana dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Uwais Al-Mateen

Usahawan kosmetik itu menambah bahawa dia tidak akan dapat hidup dengan bahagia sekiranya terus menanam perasaan benci terhadap orang lain.

Jelasnya, hubungan dengan kedua bekas suami perlu dijaga demi anak-anak yang tidak bersalah langsung sementelah orang dewasa memilih jalan untuk berpisah.

"Saya tak boleh pentingkan diri sebab akan beri kesan buruk. Jadi, buat masa kini saya jaga saja amanah Allah ini sebaik-baik mungkin."

hana azraa pu abu

Hana juga bersyukur kerana dapat melihat anak-anaknya membesar di hadapan mata sendiri selain menjelaskan bahawa anak-anak kecil ini layak untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

Sumber: mStar Online



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular