Hiburan: May 16, 2020 at 05:42AM
Sejak kebelakangan ini, perkhidmatan runner atau personal shopper semakin popular dan mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP).
Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Hairul Nizam yang juga berkhidmat sebagai runner ada menceritakan pengalamannya apabila berdepan dengan seorang pelanggan yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan ke atas dirinya. Lebih mengejutkan apabila pelanggan tersebut tergamak menyekatnya di aplikasi Whatsapp semata-mata tidak ingin membuat pembayaran terhadap barangan yang dikirim.
Ambil pengajaran dan iktibar
Ada cerita nak dikongsikan sikit , apa-apa pun salah sendiri sebab terlampau mempercayai seseorang dan diambil kesempatan di bulan mulia ni. Allah, saya tak ada lah nak aibkan sesiapa. Cuma ambil pengajaran dan iktibar apa yang terjadi.
First sekali, saya pernah update dekat group ni mengenai saya ada buat runner untuk sesiapa yang memerlukan. Sebab PKP kan, so niat cuma nak membantu dan memudahkan urusan orang lain.
Ikhlas buat kerja
Terima kasih, alhamdulillah rezeki itu luas. Ramai yang guna khidmat saya dalam group ni, sepanjang dekat sebulan lepas saya post dekat sini. Ada lah 30-40 orang yang dah saya bantu dan ada yang repeat guna khidmat saya. Saya hargai dan terima kasih sangat.
Saya suka dengan kerja saya ni dan saya puas dapat tolong orang, soal upah saya tak kisah pun dan tak pernah meminta. Seronok bila tolong orang, rasa puas walau pun penat, alhamdulillah.
Jangan ambil kesempatan
Cuma apa yang terjadi hari ni, saya terkilan dan sedih la sikit. Soal duit tu tak kisah, boleh dicari. Tapi jangan lah sampai menipu, siapa yang pernah berurusan dengan saya tu tahu la saya macam mana. Memang boleh ambil kesempatan juga tapi manusia kan.
Tak sangka lah dibulan mulia ni, ada yang tak jujur. Apa apa pun silap saya sendiri. Cuma nak pesan pada runner or seller yang lain lepas ni, kalau boleh deal la betul-betul. Jangan lah jadi macam saya, saya pun ambil pengajaran apa yang jadi.
'Saya halalkan'
Akhir kata dari saya, untuk customer yang tipu saya. Saya tahu dia ada dalam group ni, sebab dia dapat pun mesti dari post saya yang sebelum ni. Untuk akak yang tanpa nama tu, saya halalkan penat dan duit saya tu untuk akak sekeluarga sebab makanan kan. Saya harap akak berubah kot kalau tak cukup duit jangan la buat macam ni.
Insan yang teraniaya kalau dia tak memaafkan, penat akak nak mencari dia nanti. Oh ya, terima kasih pada yang dah guna khidmat saya sebelum ni. Minta halal terlebih or terkurang ye semua, selamat berpuasa dan selamat hari raya. Walau pun tak meriah raya tahun ni, haha. Okay sekian.
Sumber: Hairul Nizam
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment