Pages

Hiburan: Bukan Main TikTok Ketika PM Berucap, Kenali Tan Lee Bee, Wira Golongan OKU

Hiburan: May 12, 2020 at 09:09AM

Setiap kali Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil menyampaikan perutusan di kaca TV, beliau tidak berseorangan kerana 'ditemani' seorang lagi pihak penting yang gigih berbahasa isyarat di penjuru bawah kanan. Salah seorang daripadanya adalah Tan Lee Bee.

Bermula dengan program bual bicara

Walaupun penampilannya hanya terlihat kecil di TV, namun, peranannya cukup penting untuk sesuatu berita atau mesej disampaikan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan bisu.

Menurut Lee Bee, dia mula bertugas dalam bidang penyiaran menerusi program bual bicara Selamat Pagi Malaysia (SPM) di RTM pada 1986. Ketika itu, dia masih menjadi guru di Sekolah Kanak-Kanak Pekak, Selangor.

SPM adalah program TV pertama di negara ini yang bersiaran pada awal pagi dan menteri penerangan pada waktu itu mahukan ada jurubahasa berita ringkas yang diselitkan bagi keperluan golongan pekak dan bisu menonton serta memahami isi kandungannya.

Perlu sentiasa pantas berfikir terjemah berita

Setelah pulang dari melanjutkan pelajaran di Universiti Tennessee, Amerika Syarikat, dia kembali mengajar di sekolahnya. Dia kembali berkhidmat di RTM sehingga sekarang untuk program Nasional 8 sebagai jurubahasa isyarat sepenuh masa.

Berbeza dengan pembaca berita yang hanya membaca teks berita, saya perlu memahami dan menterjemahkan ayat ke dalam bahasa yang mudah diterima oleh golongan OKU pekak.

Gerak tangan, mimik muka dan bahasa badan perlulah seiring dengan apa yang dibacakan serta perlu pantas berfikir untuk memenuhi tahap Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).

Lee Bee turut juga bertugas di mahkamah yang disifatkannya sebagai mencabar termasuk keperluan berlakon demi menyampaikan maksud.

Ada kalanya kes berlarutan selama tiga hari maka saya perlu bertugas mengikut keperluan yang ditetapkan oleh peguam dan hakim.

Sumber: Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular