Hiburan: May 13, 2020 at 07:43AM
Di musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini terdapat pelbagai halangan untuk kita kirim hadiah buat keluarga di kampung. Malah, ada beberapa syarikat perkhidmatan penghantaran yang mengalami masalah seperti kelewatan kiriman tiba ke alamat pelanggan.
Pengguna Facebook iaitu Anis Hafiza kongsi cara mudah pos makanan atau barang menggunakan servis kapal terbang Firefly saja. Memang mudah! Barang kiriman pun sampai dengan selamat.
Pos biskut raya di kampung
Memandangkan PKPB di sambung ke 9 jun 2020, saya tidak dapat pulang ke kampung. Maka, saya nak pos biskut raya menggunakan Pos Malaysia, Gdex, Nation Wide tadi saya pergi semua tak terima makanan dan penghantaran katanya mungkin sampai selepas raya maka saya pilih Firefly Airlines.
Yang Firefly adalah barang sahaja. Barang kering, dokumen, makanan boleh seperti nasi, nekbat, nisan Terengganu murtabak, ketupat palas. Boleh tapi packaging kena betul supaya tidak tumpah dalam kapal terbang dan tidak basah kotaknya.
Mudah je
Caranya mudah sahaja. Bawa barang ke kaunter check in dan scan. Kemudian, timbang di kaunter Firefly, isi form di kaunter pejabat jualan Firefly. Bayar mengikut berat barang, seperti saya kena 9.3 kilogram saya kena Rm21.20 sahaja dan serah barang di kaunter check in.
Ketibaan barang waktu pukul 5.00 petang. Pakcik saya akan pickup di lapangan terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Pakcik saya akan ke kaunter Firefly, tunjuk kad pengenalan dan ambil barang. Barang selamat tiba ke rumah mak saya.
Pickup sendiri di airport
Jadi, kita ada pilihan daripada stress hantar barang guna pos biasa lambat, maka kita ada pilihan guna Firefly, lagi pun murah pun murah cuma kena pickup sendiri di airport sahaja. Lega barang dapat di pos pada orang tersayang.
Update terkini. Barang selamat sampai pukul 5.00 petang tadi dan yang best biskut raya tidak hancur, tidak pecah semua keadaan baik dan biskut, tat, kerepek selamat di terima. Terima kasih Firefly kerana menyediakan perkhidmatan seperti ini.
Saya bagi 10 bintang.
Sumber: Anis Hafiza
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment