Hiburan: May 13, 2020 at 04:07AM
Sejak beberapa bulan ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan khabar angin penceraian di antara pasangan merpati dua sejoli iaitu Dato' Aliff Syukri dan Datin Shahida. Surat tuntutan penceraian yang berterbangan di media sosial dan beberapa entri sedih usahawan kosmetik itu di laman Instagram nyata menguatkan lagi dakwaan itu.
Pun begitu, baru-baru ini lelaki itu telah meluahkan perasaan bersyukurnya kerana dapat kembali ke pangkuan keluarga selepas 4 bulan membawa diri. Kerana terlampau rindukan anak-anak, dia rendahkan juga egonya bagi berjumpa keluarga tersayang.
Desas-desus bahawa rumah tangga mereka sudah kembali tenang dibuktikan lagi apabila Datin Shahida telah memuat naik gambarnya bersama Aliff Syukri dan anak bongsu mereka iaitu Raudhah Arshiyah dengan kapsyen yang manis.
"Lengkap sudah family Raudhah Arshiyah."
Malahan usahawan terkenal itu juga tidak segan untuk meninggalkan beberapa komen romantis pada entri tersebut.
"I love you sayang."
"Isteri baru saya."
Pendedahan itu nyata membuatkan para peminat memanjatkan kesyukuran kerana pasangan tersebut sudah berbaik dan menemui sinar bahagia yang baru. Bahkan, semua membanjiri Aliff Syukri dan Datin Shahida dengan ucapan tahniah dan mendoakan rumah tangga mereka kekal bahagia sehingga ke jannah.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment