Hiburan: May 14, 2020 at 07:13AM
Mengetahui ada peminatnya yang bukan beragama Islam tertarik untuk memeluk Islam selepas mendengar dan menghayati dendangan selawatnya, Zizi Kirana zahir rasa tersentuh.
Menurut laporan Harian Metro, Zizi difahamkan tidak dapat menggambarkan perasaannya selepas membaca komen peminatnya itu kerana maknya terlalu besar buat dirinya.
"Ketika membaca komen itu, terus saya ucapkan Alhamdulillah dan Allahuakbar. Tak pernah saya terima komen sebegini dan sejujurnya, hati saya sangat tersentuh.
"Betapa besarnya kuasa Allah, siapa sangka lagu selawat yang saya sendiri rakamkan dengan hanya menggunakan telefon pintar dapat menyentuh dan membuka hati orang yang mendengar," katanya.
Zizi juga turut berkongsi berita berkenaan bersama peminatnya di Instagram story malah turut menegaskan bahawa perkara itu bukan bertujuan untuk membangga diri.
"Saya kongsikan bukan kerana saya nak membangga diri atau apa, sebaliknya saya nak kongsikan dengan pengikut saya di Instagram bahawa ada benda yang kita rasakan kecil sebenarnya besar nilainya buat orang lain.
Dia benar-benar menghayati setiap perkataan itu kerana dia kongsikan sekali bahagian minit ke berapa yang paling disukainya.
"Saya juga ada sertakan lirik dalam bahasa Melayu dan juga bertulisan rumi untuk memudahkan orang yang mendengar menyanyikan bersama," katanya.
Tambah Zizi, video yang dimuat naik di YouTube itu bersempena sambuan Nuzul Al-Quran dan Ramadan.
"Saya kongsikan video itu sesuai dengan masa sekarang. Pada awalnya, saya berbincang dengan pengurus saya sama ada wajar atau tidak untuk saya kongsikan di YouTube.
"Memandangkan ia adalah satu perkara yang baik, saya kongsikan saja dan sama ada orang akan dengar atau tidak, itu perkara kedua. Satu lagi perkara menyedihkan yang berlaku pada hari sama adalah apabila saya dikhabarkan, ada peminat saya dari Indonesia, yang rapat dengan saya meninggal dunia," katanya lagi.
Sumber: Harian Metro
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment