Pages

Hiburan: ‘Derma Dengan Ikhlas’, Jom Pupuk Semangat Bersedekah Bersama AirAsia Bulan Ramadan Ini

Hiburan: May 8, 2020 at 06:03AM

Bulan Ramadan pastinya selalu dikaitkan dengan amal kebajikan di mana umat Islam dianjurkan untuk perbanyakkan sedekah untuk mereka yang memerlukan. Istimewanya bulan Ramadan ini, anda boleh bersedekah kepada yang memerlukan bersama AirAsia menerusi Ikhlas. Nak tahu apa tu Ikhlas?

air asia ikhlas

'Derma Dengan Ikhlas', satu inisiatif derma digital awam dalam sebuah platform yang tulus, selamat dan terjamin bagi individu atau organisasi yang ingin menjalankan tanggungjawab amal mereka di bulan Ramadan. Inisiatif tabung derma ini dijalankan dengan kerjasama Yayasan Amanah Assofwah Almalikiyyah, di mana dana tersebut akan digunakan untuk membantu komuniti yang memerlukan serta pasukan barisan hadapan, dan dalam masa yang sama membantu peniaga tempatan di bulan Ramadan ini. Inisiatif ini juga ditubuhkan untuk menyediakan sebuah platform bagi membantu para penderma menyalurkan sumbangan ikhlas mereka, yang akan digunakan untuk tujuan sedekah bulan Ramadan.

air asia ikhlas

Sempena bulan Ramadan ini juga, sebahagian dari dana tersebut akan turut digunakan untuk membeli juadah berbuka puasa bagi pasukan barisan hadapan yang bertugas seperti pegawai perubatan, polis, tentera dan lain-lain.

Dana yang diterima juga akan disalurkan kepada keluarga yang kurang bernasib baik, pelarian dan badan bukan berasaskan keuntungan seperti Soup Kitchen dan rumah anak-anak yatim.

air asia ikhlas

Kempen ini bermula dari 20 April hingga 22 Mei 2020 di mana umat Islam dapat memberikan sumbangan derma ikhlas mereka di sepanjang bulan mulia ini. Ikhlas Kamarudin, Ketua Ikhlas.com berkata, "Sambutan bulan Ramadan pada tahun ini sudah pasti jauh berbeza tetapi satu perkara yang tidak akan berubah adalah amalan bersedekah."

"Kami berharap untuk mengedar barang keperluan asas kepada 5,000 buah keluarga dan juadah berbuka puasa kepada lebih 20,000 individu disepanjang bulan Ramadan ini. Kami akan membeli bekalan daripada lebih 100 peniaga kecil dan sederhana dengan tujuan membantu perniagaan mereka pada masa yang sukar ini."

air asia ikhlas

Untuk makluman, Ikhlas.com merupakan jenama perniagaan baru di bawah naungan AirAsia.com tujuan utama untuk pelancong islam. Portal ini akan dilancarkan pada bulan Jun 2020 dan bertujuan menjadi misi peneman yang dipercayai terutamanya membantu Islam di seluruh dunia mengamalkan iman mereka dan kewajipan agama dalam unsur-unsur termasuk umrah, korban dan gaya hidup berasaskan hukum syariah.

'Derma Dengan Ikhlas' adalah sebahagian daripada kempen #InThisTogether oleh Kumpulan AirAsia. Orang ramai yang berminat untuk menderma boleh melayari laman sesawang Givewith.Ikhlas.com. Untuk maklumat lanjut mengenai tabung bantuan dan inisiatif akan datang, anda boleh layari Facebook dan Instagram rasmi.



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular