Pages

Hiburan: ‘Dia Ambil 13 Ubat Setiap Hari’ – Pengorbanan Wanita 26 Tahun Bertarung Kanser Besarkan Anak

Hiburan: May 4, 2020 at 06:50AM

Ibu bapa mana yang tak gembira apabila mendapat tahu anak yang disayangi memperoleh tawaran melanjutkan pelajaran di luar negara. Sudah pasti mereka akan senyum sehingga ke telinga dan berasa bangga atas kejayaan yang dicapai oleh anak mereka.

Menerusi Twitter Mas Faiz Hakim, pemuda graduan Universiti Malaya (UM) ini berkongsi berita gembira bahawa dia menerima tawaran untuk menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di luar negara. Lebih terharu, dia berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan tersebut demi menghargai jasa ibunya yang merupakan pesakit kanser.

I will make them proud

Menurut Mas Faiz, dia berharap tahun ini bukan tahun terakhir buat mereka bersama. Ini kerana, ibunya merupakan seorang pesakit kanser. Tambahnya, ibunya tidak pernah berputus asa mendidik mereka sewaktu kecil lagi meskipun keadaan kesihatan ibunya kurang baik.

Miracles do happen

Mengenai berita gembira yang dikongsikan, dia memberitahu bahawa ibunya kelihatan menitiskan air mata sewaktu mengetahui berita tersebut. Sebagai anak, dia sangat gembira kerana berjaya membuatkan kedua-dua orang tuanya tersenyum.

Buatlah mak ayah kita bangga

Beberapa pesanan turut ditinggalkan oleh Mas Faiz buat anak-anak dan para pelajar di luar sana. Antaranya, belajar bersungguh-sungguh dan menggembirakan keluarga. Dia turut meminta netizen mendoakan kesihatan ibunya dan berharap insan yang dicintai itu berpeluang melihat anaknya memperoleh segulung ijazah PhD kelak.

Sumber: Mas Faiz Hakim



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular