Pages

Hiburan: ‘Dia Masih Hidup, Cuma Tak Tahu Di Mana’ – Abang Mohon Bantu Cari Adik Hilang

Hiburan: May 7, 2020 at 05:04AM

Viral di Twitter apabila seorang abang memohon pertolongan netizen untuk mengesan adik perempuannya yang hilang sejak 4 Mei lalu. Menerusi Twitter Alif Aiman, dia memberitahu bahawa adiknya Nur Alia Najiha dikatakan keluar rumah menaiki motosikal sekitar jam 12 tengah hari sebelum dilaporkan hilang kerana tidak pulang ke rumah semula.

Hilang tanpa khabar

Menurut Alif, laporan polis mengenai kehilangan adiknya itu sudah dibuat di Balai Polis Kubang Semang. Meskipun sudah melakukan laporan, dia cuba untuk menggunakan kuasa viral media sosial untuk menjejaki adiknya. Bercerita mengenai adiknya, Alif memberitahu semasa hari kejadian, Alia dikatakan memakai baju berwarna biru tua dan seluar jeans. Dia turut membawa beg galas kecil bersamanya.

Dah buat laporan polis

Tambahnya, lokasi terakhir adiknya dikesan ialah di Taman Ara Indah Permatang Pasir, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Buat orang ramai yang menemui Alia, Alif memohon mereka segera menghubunginya dan melaporkan di mana-mana balai polis yang terdekat.

Sumber: Alif Aiman



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular