Pages

Hiburan: Diberi Hidayah, Mila Jirin Kini Bertudung Labuh

Hiburan: May 17, 2020 at 02:59PM

Penyanyi dan usahawan Mila Jirin luah rasa syukur apabila beliau kini difahamkan telah mendapat hidayah untuk menutup dan menjaga aurat dengan sempurna di bulan mulia ini.

mila jirin

Mila berkongsi berita tersebut di laman Instagramnya malah turut menyatakan hatinya terdetik berbuat demikian selepas membaca dan mentafsir surah An-Nur tempoh hari.

View this post on Instagram

Insya Allah, doakan saya istigomah dengan penampilan terbaru saya. – Dua hari lepas, habiskan 𝗝𝘂𝘇𝘂𝗸 𝟭𝟴 𝗦𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝟮𝟰 𝗶𝗮𝗶𝘁𝘂 𝘀𝘂𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗻-𝗡𝘂𝗿, Ayat 31. Baca Tafsir, rasa sehingga ke hati dan naluri, tentang 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 ‎ﷻ beritahu 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗱𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗮𝗻𝗴𝗴𝗼𝘁𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗮𝘂𝗿𝗮𝘁. – 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 ‎ﷻ berfirman : Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. 𝗗𝗮𝗻 𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗶𝗻 𝗸𝘂𝗱𝘂𝗻𝗴 𝗸𝗲 𝗱𝗮𝗱𝗮𝗻𝘆𝗮, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝘂𝗯𝗮𝘁𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷻ, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. – Masya Allah, rupa rupanya selama ini ustaz, ustazah pesan memang benar benar ada dalam Al-Quran, Allah dah pesan… Rasa keinsafan yang menebal didalam hati tertusuk kedalam, rasa malu dengan 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷻ. – Alhamdulillah, ramadan tahun ini Allah beri hidayah untuk saya. Moga saya dapat istiqomah menutup aurat dengan sempurna dan menjaga aurat sebaiknya. – Saya juga mendoakan sahabat sahabat saya di Instagram, ayuh kita sama sama perbaiki diri kita, perlahan perlahan ke arah kebaikkan, tutup aurat dan perlahan perlahan sempurnakannya. – Bak kata suami saya, kita tak tau, mungkin ini hari terakhir kita diberi nafas dimuka bumi Allah – Maafkan saya jika ada salah dan silap – #Ramadan #Lillahitaala

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

"Alhamdulillah, ramadan tahun ini Allah beri hidayah untuk saya. Moga saya dapat istiqomah menutup aurat dengan sempurna dan menjaga aurat sebaiknya."

 

Dalam entri tersebut, Mila juga menyeru orang ramai khususnya pengikut di laman berkenaan untuk mendoakan agar dirinya terus istiqamah.

Malah turut berharap agar pengikutnya juga bersama-sama ke arah yang lebih baik.

"Saya juga mendoakan sahabat sahabat saya di Instagram, ayuh kita sama sama perbaiki diri kita, perlahan perlahan ke arah kebaikkan, tutup aurat dan perlahan perlahan sempurnakannya."

Dalam pada itu, Mila turut memegang kata-kata suaminya bahawa kita tidak tahu mungkin ini merupakan hari terakhir kita diberi nafas di muka bumi ini.

Mengakhiri penulisannya, juara Akademi Fantasia musim kelima ini turut memohon maaf kepada semua andai dirinya pernah melakukan sebarang  kesalahan.

Terdahulu, kecoh di laman Instagram apabila pemilik syarikat Bizmilla ini berdepan masalah kewangan malah terpaksa menjual kek bagi menampung kos pengurusan berjumlah hampir RM200,000 sebulan termasuk bayaran gaji kepada pekerjanya.



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular