Hiburan: May 21, 2020 at 04:19PM
Pelakon Risteena Munim difahamkan terkilan apabila perkongsiannya di Instgaram tempoh hari dikecam netizen.
Perkara itu berlaku susulan tindakannya berkongsi kisah peribadi bersama tunangnya namun seolah tidak sangka akan dikecam sedemikian rupa.
Risteena bagaiamanapun menegaskan dirinya berhak berkongsi apa sahaja di media sosial.
Menurut perkongsiannya, beliau seakan tidak faham mengapa masih wujud segelintir pihak sakit hati dengan perkongsiannya.
"Semua orang ada hak masing-masing apa yang dia nak kongsi. Malah, bebas untuk muat naik apa saja kat halaman sendiri."
Beliau juga turut menegaskan selagi tidak berkongsi perkara yang menggangu atau memburukkan orang lain, perkara itu adalah tidak relevan andai dikecam.
Malah, Kata Risteena, setiap orang mempunyai hak masing-masing kerana bebas untuk memuat naik apa sahaja di laman berkenaan.
Dalam pada itu, Risteena juga tidak menyangka akan ada golongan tidak bertanggungjawab sanggup mendoakan yang buruk-buruk untuk dirinya sedangkan beliau langsung tidak mengenali mereka.
"Padahal saya tak pernah kenal mereka, tak kacau dan tak pernah burukkan pun. Jadi dari situ saya mengenali pelbagai jenis manusia yang ada zaman sekarang. Yang mungkin saya tak tahu dan tak pernah nampak."
Terdahulu, Risteena berkongsi berita di mana tunangnya Isa Khan dikhabarkan panik selepas dirinya tidak dapat dihubungi kira-kira setengah jam.
Untuk rekod, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lalu di Bali, Indonesia. Namun masih belum mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.
Sumber: Gempak
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment