Pages

Hiburan: Dituduh Abai & Tak Jenguk Anak, Dr Che Hafiz Nafi Dakwaan Lufya Omar

Hiburan: May 5, 2020 at 04:28AM

Umum sedia maklum, pergolakan rumah tangga pelakon Lufya Omar bersama suaminya iaitu Dr Che Hafiz masih belum selesai setelah perbicaraan di mahkamah pada November tahun lalu. Terbaru, Dr Che Hafiz tampil menafikan dakwaan dibuat Lufya yang mengatakan dia mengabai dan tidak mahu berjumpa dengan anak.

Terpaksa buka mulut

Lufya sebelum ini mendedahkan perkara tersebut kepada sebuah portal hiburan mengenai Dr Che Hafiz sudah hampir setahun tidak menjenguk anak mereka. Dalam pada itu, Lufya terpaksa buka mulut menjelaskan perkara sebenar setelah ada beberapa pihak mengatakan suaminya tidak diizinkan bertemu anak.

Saya tak kisah pun kalau tak nak kasi

Namun bagaimanapun, Dr Che Hafiz tampil memperbetulkan dakwaan tersebut dan menyifatkan tindakan Lufya itu adalah tidak sepatutnya. Seharusnya perkara berbentuk peribadi sebegini perlu diselesaikan dengan cara yang baik tanpa menimbulkan spekulasi masyarakat.

Dr Che Hafiz menerusi laman Instagramnya sempat memuatnaik status dan sebuah swafoto bersama seorang kanak-kanak perempuan. Dia seolah sudah tidak peduli dan penat untuk terus berdebat mengenai masalah tersebut.

Saya tidak kisah pun kalau tak nak dan halang saya untuk bersama dengan anak. Sebab buang masa nak berlawan dengan perkara tak berfaedah. Yang penting Allah tahu hati hambaNya.

Move on je boskurr.. adik ni pun sudi nak teman saya katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu mengulas panjang perkara tersebut dan sebaiknya fokus dengan tanggungjawab memerangi pandemik Covid-19.

Sumber: Dr Che Hafiz



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular