Pages

Hiburan: Dr Erin Dedah Sudah Cerai, Da’i Farhan Kembali Semula Pada Isteri Pertama

Hiburan: May 5, 2020 at 07:51PM

Selepas sekian lama tidak mendengar khabar berita mengenai pasangan Da'i Farhan dan Dr Erin, netizen dikejutkan dengan berita penceraian kedua pasangan sejoli itu.

Bahkan berita yang mendukacitakan itu diakui sendiri oleh Dr Erin menerusi laman Instagram dengan menyatakan bahawa permintaan untuk berpisah itu datang daripada kemahuannya sendiri.

da'i farhan sah bercerai dengan dr erin

Untuk pengetahuan semua ustaz telah pun melafazkan cerai pada saya pada 27 April selepas saya sendiri meminta untuk dilepaskan. Saya yakin ini yang terbaik untuk kami bertiga. Kerana saya tahu pihak sana juga tak boleh move on.

Wanita ini yang sedang hamil meluahkan bahawa dia berasa penat dengan sikap Da'i Farhan yang tidak tetap pendirian kerana sekejap mahu rujuk semula dengan bekas isteri dan menceraikannya. Tetapi kemudiannya berjanji untuk pujuk pihak di sana untuk hidup bermadu pula.

Saya tau ustaz pun serba salah. Kerana itu saya memilih untuk diceraikan dengan rela. Jadi saya harap selepas ini tolong jangan kaitkan lagi ustaz dengan saya.

Dr Erin menegaskan bahawa entri tersebut ditulis oleh dirinya sendiri dan menambah bahawa dia tidak layak untuk berpasangan dengan golongan agamawan.

Wanita itu juga meminta orang ramai agar berhenti mengaitkan lagi dirinya dengan Da'i Farhan dan biarkan lelaki itu meneruskan hidup dengan tenang dan biasa.

da'i farhan sah bercerai dengan dr erin

Lebih mengejutkan apabila Dr Erin mendedahkan bahawa bekas suaminya itu sudah pun kembali semula dengan bekas isteri, Fatin Nurul Ain Mat Aris pada 11 Februari lalu atas alasan tidak mampu untuk berjauhan dengan anak-anak.

Pada 11 Februari lalu saya telah mengizinkan ustaz untuk kembali dengan bekas isteri kerana selepas ustaz pulang dari ziarah anak-anaknya ustaz cakap pada saya dia tak boleh berjauhan dari anak-anak dia dan dia kata pihak sana bagi syarat dia nak dapat duduk dengan anak-anak balik adalah dengan menceraikan saya sebab mertua dia takkan bagi anak dia bermadu.

Oleh kerana terlalu sayangkan Da'i Farhan, wanita itu sendiri yang telah membawa suaminya berjumpa dengan ibunya dan juga Fatin Nurul Ain bagi memulangkan lelaki itu ke pangkuan keluarganya.

Dr Erin turut mengatakan bahawa dia redha dengan ujian ini dan sanggup mengalah supaya orang kesayangannya tidak lagi susah hati keran berjauhan daripada anak-anak.

Sumber: GEMPAK



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular