Hiburan: May 21, 2020 at 07:17AM
Bertapak kukuh dalam bidang lakonan, nama Emma Maembong kini bagaikan menyerlah hari demi hari. Meskipun pernah dilanda pelbagai kontroversi, namun Emma tetap tabah mengharungi setiap ujian yang menimpa dirinya.
Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian umum apabila Emma yang juga selebriti terkenal tanah air ini langsung tidak suka untuk keluar membeli belah di luar.
Menurutnya, beliau hanya akan membeli pakaian secara dalam talian kerana perkara tersebut lebih memudahkan.
"Sebenarnya saya ni paling tak suka shopping."
Selain tidak suka memilih pakaian di kedai, Emma juga difahamkan mahu mencari pengalaman yang berbeza.
"Biasanya memang buat online shopping sahaja. Tapi orang kata sekali sekala perlu juga keluar dan buat pembelian secara langsung. Barulah ada pengalaman yang berbeza."
Emma berkongsi berita tersebut menerusi program The House 1 yang menyingkap kehidupan tiga beradik selebriti popular bersama adik dan kakaknya, Chacha Maembong dan Yaya Maembong.
Memang bertuah suami Emma, tidak perlu risau untuk tunggu isteri shopping berjam-jam di pusat membeli belah.
Sumber: Astro Gempak
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment