Hiburan: May 10, 2020 at 07:19PM
Hujan berterusan sejak petang semalam telah menyebabkan beberapa kawasan antaranya Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Sungai Ara, Teluk Bahang dan Sungai Pinang di Balik Pulau, Pulau Pinang mengalami banjir kilat. Menerusi Facebook Amirul Ainul, lelaki ini berkongsi beberapa foto mengenai keadaan semasa ketika kejadian tersebut berlaku.
Banjir kilat
Menerusi tinjauan yang dilakukan Amirul, hampir kesemua rumah di kawasan Teluk Kumbar dimasuki air. Pelbagai ragam dan aksi penduduk selepas kejadian banjir kilat turut dirakam olehnya. Kesemua perabot di dalam rumah penduduk turut dipercayai ditenggelami air.
Paras air meningkat
Kami dok berenang
Rata-rata netizen turut meninggalkan komen mengenai keadaan semasa di kawasan kediaman mereka. Malah, ada yang turut memaklumkan bahawa paras air sudah mencecah 6 kaki tinggi.
Sumber: Amirul Ainul
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment