Pages

Hiburan: Geram Lihat Budak Jual Kerepek Kerap Dibuli, Penduduk Kampung Ini Nekad Tangkap, ‘Bantai’ Pelaku

Hiburan: May 19, 2020 at 04:50AM

Perasaan geram sudah pastinya bermain di fikiran setiap manusia tatkala, melihat sebuah video viral mengenai sekumpulan lelaki menampar, menolak dan mengejek seorang budak lelaki penjual kerepek. Lebih menyedihkan, video tersebut dirakam dan dijadikan bahan hiburan sekumpulan lelaki berkenaan.

Sedihnya!

Menerusi rakaman video berkenaan, budak lelaki yang dikenali sebagai Rizal itu merupakan seorang penjual kerepek di Sulawesi Selatan, Indonesia. Ketika kejadian, seorang pemuda dipercayai bersembunyi di sebalik dinding dan menunggu Rizal untuk menghampirinya. Apabila sudah berada berdekatan, lelaki tersebut sergah dan basikal yang dinaiki oleh Rizal hilang kawalan sebelum terjatuh.

Si pembuli tersebut cepat-cepat mengangkat basikal tersebut sambil ketawa melihat mangsanya itu susah untuk bangun. Orang ramai dan rakan suspek yang ada di kawasan tersebut turut ketawa dan gelakkan mangsa. Sebaik sahaja Rizal kembali berdiri, pembuli tersebut menampar dan menolaknya sekali lagi sehingga jatuh.

Dah kena tahan

Menurut Laporan Indozone, suspek yang dikenali sebagai Firdaus itu telah berjaya ditangkap oleh pihak polis, Manakala, Rizal pula sudah diberikan rawatan, bantuan seperti basikal dan wang serta perlindungan.

Terdahulu, Rizal sering dibuli dan kes yang berlaku baru-baru ini bukan kali pertama yang menimpa dirinya. Pada masa yang sama, netizen berharap kes sebegini tidak berlaku lagi dan kesemua pembuli harus ditangkap dan menerima hukuman yang setimpal juga. Sehingga hari ini, video buli yang dimuat naik itu telah meraih 186 ribu perkongsian.

Sumber: Maunyapa, Indozone & Suara.com



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular