Pages

Hiburan: Guna Lambang Sultan Johor, Wak Doyok Mengaku Tidak Bersalah

Hiburan: May 6, 2020 at 06:23AM

Menggunakan lambang kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar tanpa kebenaran baginda, ikon fesyen tanah air, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor didakwa pihak berkuasa.

wak doyok

Menurut pertuduhan, Wak didakwa menggunakan lambang kemahkotaan Duli Yang Mulia Sultan Ibrahim untuk tujuan persendirian tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada Sultan Johor, namun tidak mengaku bersalah  selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Pelakon telefilem Permata Hatiku itu didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang, Gelaran Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.

Malah hukuman denda tidak kurang daripada RM250,000 atau tidak melebihi RM500,000 atau penjara maksimum selama lima tahun atau kedua-duanya sekali, bakal dikenakan jika disabit kesalahan.

Juga, memberi alasan menjaga ibunya yang berusia 78 tahun di samping pendapatan perniagaannya terjejas ekoran pendemik COVID-19, peguamnya MN Halim Md Amin dan Syaffie Naim merayu denda direndahkan.

wak doyok

Kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad menawarkan jaminan RM50,000 berikutan keseriusan kes yang dituduh ke atas Wak.

Namun, Hakim memerintah dirinya dijamin sebnayak RM35,000 dengan seoarang penjamin manakala sedutan kedua kes ditetapkan pada 15 Jun depan bagi penyerahan dokumen.

Sebelum ini Wak didakwa menempah dan membeli cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada 2018 melaui dalam talian dari sebuah syarikat yang terletak di Indonesia.

View this post on Instagram

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya dengan rendah diri merafak Sembah Takzim dan Mohon Ampun kemajlis Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor serta Yang Amat Mulia Yang Amat Mulia Kerabat Diraja Johor di atas kecuaian dan kelalaian saya. Salam Kemaafan saya panjatkan juga kepada Bangsa Johor yang saya muliakan. Sesungguhnya saya sedar kesilapan saya berpunca dari ketidak arifan saya dalam mengenali batas protokol Diraja. Saya amat menyesali keterlanjuran yang tidak disengajakan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Saya memohon doa kehadrat Allah SWT agar dilanjutkan usia zaman Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor serta Usrah Diraja. @tunku_idris 🙏🏻 Daulat Tuanku 🙏🏻 Wassalaam

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) on

Tindakannya itu mengundang padah dan beliau difahamkan membuat permohonan maaf di laman instagramnya selepas turut diminta memberikan penjelasan oleh Tunku Idris di akaun baginda.

Sumber: Berita Harian



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular