Pages

Hiburan: Hafiz Hamidun Akui Lebih Sensitif Sejak Bergelar Bapa

Hiburan: May 27, 2020 at 06:54AM

Akui agak kekok pada permulaannya, penyanyi Hafiz Hamidun syukur dapat meluangkan lebih banyak masa bersama anak angkatnya, Hamdee Hafiz sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

hafiz hamidun hamdee

Menurut hafiz, sokongan dan nasihat daripada keluarga menyebabkan dirinya semakin seronok menjaga bayi berkenaan malah memudahkan urusan penjagaan serta dapat membiasakan diri.

Tambah Hafiz, sebelum membuat keputusan untuk mengambil anak angkat lagi, beliau sudah bertanya pada keluarga.

"Saya bersyukur keluarga ada di sisi untuk tolong dan sokong keputusan saya. mereka juga banyak bagi nasihat.

Katanya lagi, menjaga Hamdee sepanjang tempoh PKP ini memberi dirinya peluang untuk menjalankan tanggungjawab tersebut dengan baik malah secara tidak langsung memupuk sikap bersabar dan sensitif sejak menjadi seorang bapa.

"Saya bayangkan kalau tiada PKP mungkin saya akan panggil pembantu dan sebagainya jadi saya tak akan dapat luangkan masa bersamanya.

Bertanya berkenaan tip yang diamalkan Hafiz dalam membesarkan anaknya itu, Hafiz menyatakan setiap ibu bapa haruslah cekap dan mengekalkan rutin yang sama pada setiap malam.

hafiz hamidun hamdee

Hal ini kerana, ramai kenalannya berkongsi petua penjagaan anak kepadanya seperti ketetapan masa untuk mandikan anak, menyusu dan waktu tidur yang sesuai untuk bayi berkenaan.

"Awal-awal dulu pun saya agak takut, kadang-kadang saya terlebih buat persiapan. Tapi sekarang ni saya sudah semakin cekap."

Meskipun Hamdee tidak mempunyai seorang ibu, ia bukanlah penghalang kerana penyanyi itu mampu menggalas tanggungjawab sebagai bapa dan juga seorang ibu.

Untuk rekod, Hafiz sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan bersama usahawan kosmetik, Joy Revfa pada tanggal 1 Mei 2017, namun ikatan itu gagal apabila kedua-dua mereka disahkan bercerai pada 10 Oktober 2017 selepas lima bulan hidup bersama.

Sumber: mStar



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular