Pages

Hiburan: ‘Harap Dihukum Sampai Mati’ – Netizen Bengang Lagi Kes Pemandu Mabuk Rempuh Mati Polis

Hiburan: May 3, 2020 at 05:11AM

Seorang anggota polis yang dikenali sebagai Koperal Safwan Muhammad Ismail meninggal dunia selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki mabuk. Kejadian kira-kira 2.00 pagi itu telah mengakibatkan mangsa parah di kepala dan badan.

Di bawah pengaruh alkohol

Memetik laporan Metro, mangsa bertugas di sekatan jalan raya Plaza Tol Kajang Selatan di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS). Kejadian yang tidak diduga itu telah mengakibatkan Koperal Safwan Muhammad Ismail dihempap kenderaan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner iaitu Mohd Zaid Hassan melaporkan pemandu mabuk berkenaan memandu dari arah Kajang menuju ke arah Plaza Tol Kajang Selatan dan gagal mengawal kenderaan.

Sebaik tiba di sekatan jalan raya berkenaan, pemandu berkenaan gagal mengawal kenderaan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

Kejadian itu menyebabkan kenderaan terbabit melanggar seorang anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya itu dan melanggar kenderaan anggota yang diletakkan di tepi jalan.

Diseret kira-kira 70 meter

Seramai tujuh orang anggota bomba dan penyelamat bersama dua jentera diperlukan untuk mengeluarkan mangsa yang dihempap sebuah kenderaan jenis Toyata Hilux itu.

Malah, insiden tersebut telah menyebabkan mangsa diseret kira-kira 70 meter oleh kenderaan itu. Pemandu yang dilaporkan mabuk itu pula hanya cedera di bahagian kepala.

Sebaik tiba, kami mendapati mangsa tersepit akibat dihempap Toyota Hilux terbabit sebelum dia berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian.

Kejadian itu mengakibatkan mangsa diseret kira-kira 70 meter oleh kenderaan itu, manakala pemandu Toyata Hilux terbabit dilaporkan cedera di kepala.

Bukan hilang kawalan

Nyawa dibalas dengan nyawa

Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang puas hati apabila didapati insiden itu disebabkan oleh seorang pemandu mabuk. Malah, mereka juga berpendapat agar tindakan undang-undang sewajarnya diambil terhadap suspek.

Sumber: Metro, Ranger Farm



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular