Pages

Hiburan: Hikmah Tak Boleh Beraya Di Kampung, Eleena Sui Tak Perlu Layan Soalan Mengenai Zuriat

Hiburan: May 15, 2020 at 09:18AM

Disebabkan oleh wabak COVID-19 ini, kerajaan telah mengambil langkah drastik untuk menghalang rakyat Malaysia daripada pulang ke kampung halaman masing-masing bagi memutuskan rantaian virus ini.

Hal ini nyata meruntun hati banyak individu yang tidak dapat merasai kemeriahan beraya bersama sanak saudara seperti tahun-tahun sebelumnya. Tapi tidak pula bagi selebriti Eleena Sui yang memanjatkan rasa syukur dengan berita tersebut.

Mengakui bahawa berasa sedikit sedih tapi wanita itu nyata gembira kerana tak perlu diasak dengan soalan mengenai zuriat daripada mak cik dan pak cik saudaranya.

"Namun jauh di suduh hati ini juga saya rasa bersyukur sangat sebab saya tidak perlu menjawab soalan berkaitan anak yang biasanya ditanya oleh makcik dan pakcik saudara. Pasti ada hikmah dengan apa yang berlaku sekarang. Salam Ramadan." 

Selepas 3 tahun mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Faisya Datuk Mohd Bustaman, rezeki belum datang mengetuk pintunya lagi. Mungkin penat dengan soalan yang menyentuh perasaan itu, Eleena menganggap situasi ini mempunyai hikmah kepadanya.

eleena sui bersyukur tak perlu beraya di kampung

Dalam ruangan komen entri tersebut, kesemua pengikut wanita itu meluahkan rasa simpati malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka yang saling tak tumpah dengan dilema Eleena ini.

Semoga ada sinar harapan dalam kehidupan Eleena dan suaminya suatu hari nanti.



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular