Hiburan: May 21, 2020 at 09:18AM
Baru-baru ini kecoh di laman sosial apabila salah seorang peserta Hero Remaja 2020, Jabir Meftah mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya sehingga membuat netizen berang. Selepas beberapa hari mendiamkan diri, akhirnya dia membuka mulut dengan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Twitter miliknya.
Pandai rupanya buat research
Salah satu posting yang menjadi buah mulut netizen adalah apabila dia dipercayai menyindir seorang individu yang menjelaskan tentang proses pengambilan pelajar oleh Universiti Teknologi Petronas (UTP). Dia seolah-olah berlagak dan berharap agar individu tersebut dapat melayakkan diri menjadi pelajar di universiti berkenaan. Namun apa yang mengejutkan ialah individu itu merupakan bekas graduan universiti bekenaan dan bakal menyambut hari konvokesyen.
Ingat syarikat luar sana buat kebajikan
Selain itu, Jabir turut memuat naik satu kenyataan yang mengkritik golongan yang tidak mendapat peluang pekerjaan kerana golongan ini tidak mempunyai pengalaman yang cukup. Kenyataan ini telah menimbulkan kemarahan orang ramai seolah-olah dia memandang rendah terhadap golongan yang sedang mencari kerja.
Mohon maaf atas semua kesilapan
Selepas dihentam teruk oleh netizen, akhirnya Jabir membuka mulut dengan membuat permohonan maaf secara terbuka berkenaan kenyataan yang dimuat naik dirinya. Menurutnya, maksud disebalik kenyataan berkenaan pengalaman bekerja ialah dia menggalakkan sesiapa yang tiada pengalaman bekerja agar keluar mencari pengalaman dengan kerja apa jua bidang sekali pun.
Tambahnya lagi, dia turut menceritakan pekerjaan yang pernah dilakukan dan kepayahan hidupnya yang terpaksa berulang-alik dari Perak ke Kuala Lumpur untuk mencari pengalaman pekerjaan.
Carilah pengalaman di usia muda
Selain itu, dia turut menasihatkan agar golongan remaja terus mencari pengalaman kerja sebelum menyesal di kemudian hari. Hal ini kerana majikan sekarang banyak yang mementingkan pengalaman dari segalanya. Di samping itu, dia turut menjelaskan bahawa keluarganya yang hidup susah banyak bergantung hidup mencari duit menerusi dirinya.
Tolak biasiswa agar boleh bekerja
Tekad masuk Hero Remaja nak cari duit
Tak fikir perasaan orang lain
Pengajaran dari kesilapan
Mak kena hentam dengan netizen
I've never hold any grudges against you guys sebab you guys tak tahu the real story.. the least you guys can do is minta maaf dkt my mom and make her day before raya ??
Ni twitter dia @rational_roses
— J (@JabirMfth) May 21, 2020
Sumber: Jabir
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment