Hiburan: May 26, 2020 at 04:26AM
Kisah banduan akhir di Penjara Tapah, Perak yang disiarkan oleh Buletin TV3 semalam, ternyata mengundang sebak para penonton yang menyaksikan temubual eksklusif tersebut.
Ungkapan rindu terhadap anak dan keluarga tatkala menjelangnya Hari Raya pada tahun ini, sangat menyentuh emosi kerana tiada sebarang kunjungan dapat dilakukan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Abah rindu awak
Seorang banduan akhir yang mahu dikenali sebagai Sam, memberitahu bahawa dia sangat rindu anaknya. Namun apakan daya, tahun ini dia tidak berpeluang untuk berjumpa mereka. Tambahnya, jika diberi peluang, dia hendak dibebaskan dan berubah.
Walaupun mereka tidak tahu saya ayah mereka, tapi saya nak mereka tahu saya sayang dan rindu sangat mereka. Meskipun, saya tak pernah dengar mereka panggil saya ayah.
Menurut wartawan TV3, Penjara Tapah tersebut menempatkan banduan-banduan berprofil tinggi. Ramai di antara banduan di penjara tersebut mempunyai latar belakang pendidikan yang sangat baik dan mempunyai kerjaya professional. Akibat tersalah langkah, kesemua mereka terpaksa tinggal di sebalik tirai besi.
Ditahan di lapangan terbang
Seorang banduan akhir yang dikenali sebagai Salmah pula, terpaksa dipisahkan dengan bayinya yang baru berusia 10 bulan. Dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika mengandung dua bulan selepas dipercayai memiliki dadah untuk dibawa ke luar negara.
Saya pun ada penyakit astma, ada masa saya nak cekik anak saya, saya dah macam nak jadi gila. Lebih baik saya jadi gila saya beritahu arwah ayah saya. Sebab setiap kali nak pi hospital saya kena gari. Semua staf penjara yang uruskan. Saya tak boleh uruskan sendiri.
Salmah turut mengakui bahawa dia hampir meroyan selepas melahirkan anaknya di penjara. Malah, dia tidak dapat menerima kenyataan di mana dirinya dijadikan kambing hitam oleh suami sendiri yang merupakan warga asing.
Memandangkan tahun ini semua masyarakat Malaysia terpaksa patuh pada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hanya banduan yang terpilih sahaja dibenarkan melakukan panggilan video bersama keluarga.
Sumber: Buletin TV3
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment