Pages

Hiburan: ‘Jangan Anak Tirikan Kami’ – Arash Mohd, Shahrulezad Minta Finas Jangan ‘Lepas Tangan’

Hiburan: May 14, 2020 at 04:45AM

Di saat kebanyakan orang sudah mula menjalankan rutin harian seperti biasa dengan mematuhi SOP, industri perfileman masih lagi kekal sebagai aktiviti yang tidak dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Bagaimanapun, isu ini turut mendapat perhatian pelakon Arash Mohd dan pengarah drama Shahrulezad meluahkan rasa kesal kerana tiada sebarang pencerahan daripada Finas dan  Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKM) berhubung hala tuju industri hiburan.

Finas buat apa?

Arash Mohd menerusi laman Instagram meluahkan kekesalannya terhadap Finas yang hanya mendiamkan diri tanpa mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung kelulusan menjalankan penggambaran. Tambahnya, dia turut menunggu tindakan dari KKMM dan mahukan pendapat mereka juga diperdengari.

Tolong beri penjelasan

Memetik laporan Metro, Arash Mohd mewakili penggiat seni dan kru produksi menuntut penjelasan daripada pihak Finas dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung hala tuju perjalanan industri hiburan sepanjang PKPB ini.

Saya bukan sengaja atau suka-suka nak wujudkan isu. Saya dan penggiat seni lain semua faham mengenai bahaya pandemik Covid-19 dan kenapa arahan PKPB itu dibuat, tapi tolong beri pencerahan dan penjelasan berhubung status  bidang kerja kami.

Sudah hampir dua bulan urusan kerja membabitkan penggambaran tergendala hingga ramai kru produksi berdepan masalah kewangan. Jadi, apa tindakan penyelesaian untuk kami berhadapan situasi ini.

Jangan anak tirikan kami. Dalam hal ini, saya minta tolong KKM untuk beri penjelasan dan kata putus apa yang sepatutnya kami lakukan supaya boleh kembali bekerja termasuk mengikut SOP ditetapkan.

Kami perlu bekerja

Sementara itu, pengarah drama Nur iaitu Shahrulezad pula menyifatkan Finas seolah-olah hilang dari radar. Persoalan ini disuarakan adalah bukan untuk mempertikai arahan kerajaan tetapi mahukan penjelasan Finas sebagai badan berwajib.

Kami kini terumbang-ambing dan tiada petunjuk arah umpama satu keluarga besar yang hilang ibu bapa untuk memimpin pada hala tuju seterusnya. Keadaan ini sangat menyedihkan kami yang seakan terbiar dan tiada penjelasan untuk  tindakan lanjut untuk mengorak langkah semula.

Sampai bila urusan bidang kerja seni ini harus ditangguh kerana stesen TV juga perlukan karya drama baru untuk disajikan kepada penonton dan penggiat seni merangkumi penerbit, pengarah, pelakon serta kru produksi, kami perlu bekerja.

Sumber: Arash Mohd, Budak Ijat



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular