Pages

Hiburan: Jasmin Hamid Seru Ibu Bapa Tidak Bawa Anak Keluar Sambut Raya

Hiburan: May 21, 2020 at 05:16AM

Berharap orang tidak mengambil ringan soal keselamatan, Jasmin Hamid seru ibu bapa bertindak sebagai pelindung supaya tidak membawa anak-anak keluar dari rumah meraikan Aidilfitri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

jasmin hamid

Jasmin yang berkongsi pendapatnya di Instagram berkata, ibu bapa digalakkan melindungi anak-anak daripada dijangkiti wabak COVID-19, malah berjaga-jaga meraikan perayaan tersebut kerana Jasmin menyifatkan sambutan itu bukanlah keperluan.

View this post on Instagram

Innalillahiwainnaillahirojiun… . . Para ibubapa sekalian, lindungilah anak-anak kita dari di jangkiti WABAK CORONA ini.. Kalau keluar rumah tu, TAK PERLU bawa anak-anak bersama. Terutama musim Perayaan ni.. Kita dapat menjalani Ibadah Puasa pun dah cukup BERSYUKUR.. TAK MATI kalau tak Raya tapi kita dan keluarga kita terutamanya anak-anak dan warga emas boleh MATI jika di jangkiti hanya sebab nak BERAYA 😥😥😥😥.. TAK PAYAH KELUAR RUMAH kalau tak perlu.. BERAYA bukan keperluan.. Kita masih boleh sambut kemenangan Berpuasa di rumah.. . . KITA MASIH BELUM MENANG LAGI… Tapi kita BOLEH MENANG kalau kita TAK DEGIL.. Jangan susahkan diri dan keluarga hanya sebab nak penuhi kehendak, bukan keperluan.. . . JANGAN SEBAB KEDEGILAN dan SIKAP SELFISH, kita tak dapat sambut Ramadan lagi tahun 2021.. . . Kita jaga kita.. #coronavirus #covid_19 #world #allahmahapenyayang #musibah

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

"Tak payah keluar rumah kalau tak perlu. Beraya bukan keperluan. Kita masih boleh sambut kemenangan puasa di rumah."

Tambah Jasmin, manusia tidak akan mati andai tidak beraya malah turut menegaskan warga emas dan anak-anak boleh maut jika dijangkiti wabak berkenaan kerana meraikan perayaan tersebut.

Dalam pada itu, turut berharap seluruh rakyat mematuhi arahan kerajaan kerana negara masih belum mampu menarik nafas lega susulan pandemik ini.

"Kita masih belum menang lagi… Tapi kita boleh menang kalau kita tak degil."

Jasmin bagaimanapun mengakhiri penulisannya di entri berkenaan dengan menyeru orang ramai supaya tidak berdegil dan pentingkan diri sendiri ekoran kelonggaran yang diberikan kerajaan untuk umat islam menyambut perayaan Aidilfitri hujung minggu ini.



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular