Hiburan: May 15, 2020 at 04:47AM
Kecoh betul dengan isu 'Opah Aminah' iaitu watak yang dibawa oleh Sheila Rusly dalam drama 'Bukan Gadis Biasa' sejak beberapa hari ini. Rata-rata penonton sepertinya banyak yang tidak puas hati dengan naskhah ini termasuklah proses suntingan, pemilihan pelakon dan banyak lagi.
Selepas menerima kecaman hebat daripada orang ramai, Jinggo dan juga isterinya tidak berdiam diri dan membalas segala kritikan yang dilemparkan kepada mereka. Menurut Sheila Rusly, kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menghalang stafnya daripada melakukan suntingan seperti biasa.
Jinggo juga tidak lupa untuk 'menyekolahkan' para netizen yang hanya menunding jari tanpa mengetahui penat jerih pihak produksi dalam menjayakan drama 'Bukan Gadis Biasa'.
Pun begitu, penjelasannya yang menggunakan bahasa yang agak kasar nyata membuatkan netizen bertambah meluat kerana individu yang mula-mula bertanyakan soalan itu menyuarakannya dengan nada berhemah.
Selepas 'pertelingkahan' ini, seorang individu di Twitter telah memuat naik satu entri yang mengatakan bahawa Erra Fazira berjaya membawa wataknya sebagai orang tua dengan jayanya dalam filem popular 'Hingga Hujung Nyawa'.
Segelintir netizen juga bersetuju bahawa Erra berjaya menghidupkan watak itu meskipun dia berlakon sebagai orang tua berusia 74 tahun meskipun baru mencecah umur 30 tahun pada ketika itu.
Tak cukup dengan itu, netizen juga membanjiri Erra Fazira dengan pujian kerana berjaya melakonkan watak gadis berbadan gempal dalam filem 'Cinta Kolestrol' sehingga membuatkan ianya nampak 'real'.
Penonton bukannya mahu mengkritik hasil kerja sesuatu produksi, cuma ingin menyampaikan cadangan dan juga persoalan yang sering berlegar-legar di minda mereka. Maklumlah bukan semua bekerja dalam industri seni, jadi perasaan ingin tahu itu membuak-buak.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment