Hiburan: May 20, 2020 at 10:43AM
Seorang wanita mengandung di Kuala Krai, Kelantan telah disahkan positif Covid-19 hari ini. Ini menjadikan negeri tersebut kembali mencatatkan satu kes baru selepas sebulan negeri berkenaan berada di zon hijau.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi sidang media tadi memaklumkan hari ini negara mencatatkan sebanyak 31 kes baru dan tiada kes kematian. Mengenai kes wanita mengandung itu, KKM masih melakukan siasatan.
Mengandung 35 minggu
Menurut Dr Noor Hisham, kes tersebut dipercayai berlaku apabila wanita yang menetap di Ampang itu ingin pulang ke kampung halamannya di Kelantan dan melahirkan bayinya di sana. Namun, sewaktu menjalani ujian saringan di sebuah klinik kesihatan, wanita hamil 35 minggu itu disahkan positif covid-19. Rawatan segera telah diberikan kepada wanita tersebut dan dia turut diasingkan.
Tambah Dr Noor Hisham, KKM akan mengambil langkah yang seterusnya iaitu menjalani pemeriksaan terhadap kontak rapat wanita tersebut terutama ahli keluarganya. Di samping itu, siasatan lanjut juga bakal dilakukan dan pihaknya akan mengumumkan kelak selepas selesai melakukan siasatan.
Lebih bagus duduk di rumah
Walaupun kerajaan membenarkan ziarah di hari raya pertama, masyarakat dinasihatkan agar mengamalkan penjarakan sosial dan jangan bersentuhan antara satu sama lain seperti salam bersalaman.
Kalau mereka yang positif bersalam dengan orang yang tidak positif, kita mungkin akan dijangkiti. Oleh itu, kerap cuci tangan dan elakkan perhimpunan di kawasan sempit. Bertutur pun perlu berjarak. Lebih bagus elakkan pulang ke kampung sebagai contoh red zone ke green zone. Jika masyarakat tidak patuh pada SOP yang ditetapkan, data dan jumlah kes mungkin akan meningkat.
Di samping itu, mengenai perintah larangan pergerakan antara negeri yang dikuatkuasakan oleh PDRM, Dr Noor Hisham memberitahu bahawa mereka yang berada di zon merah tidak digalakkan untuk ke zon hijau kerana potensi mereka menyebarkan jangkitan terlalu tinggi. Sebagai contoh kes wanita mengandung yang pulang ke kampung hari ini. Oleh itu, duduk rumah dan jangan balik kampung merupakan cadangan yang baik yang disarankan KKM buat masyarakat demi kebaikan bersama.
Sumber: Buletin TV3
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment