Pages

Hiburan: Kongsi Foto Pertunangan Di Laman Sosial, Peminat “Unfollow” Ikmal Amry

Hiburan: May 30, 2020 at 05:09AM

Pelakon dan model, Ikmal Amry difahamkan masih kekal positif dan yakin apabila mengetahui kebanyakan peminatnya berasa senang hati selepas beliau melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya, Najla pada hari raya ketiga tempoh hari.

ikmal amry tunang

Menurut Ikmal, beliau yang kerap berkongsi gambar bersama tunangnya di laman Instagram mengakui peminatnya menerima hubungan mereka dengan baik.

Meskipun begitu, selepas berkongsi foto pertunangan, pelakon itu turut menyedari wujud segelintir peminatnya bertindak untuk berhenti mengikutinya di laman sosial.

View this post on Instagram

Alhamdulillah 💍 one step closer ❤

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry) on

"Pada masa yang sama, saya sedar ada juga pengikut di media sosial bertindak untuk unfollow saya sejak gambar pertunangan saya dikongsi

Walau bagaimanapun, Ikmal dikhabarkan menerima perkara itu dengan sebaik mungkin. Hal ini demikian kerana, menurut pelakon itu, pertunangan dan perancangan untuk berkahwin adalah satu proses kehidupan seseorang manusia.

Terdahulu, Ikmal mengadakan majlis serba sederhana bagi meraikan hari pertunangannya susulan pandemik COVID-19. Malah, pasangan telah berkenalan hampir empat tahun ini juga merancang untuk mendirikan rumah tangga pada Disember 2020.

Sumber: Gempak



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular