Pages

Hiburan: Lagu ‘Jange Kelik La Weii’ Viral Selepas Ucapan PM, Jumlah Tontonan Naik Mendadak!

Hiburan: May 11, 2020 at 05:22AM

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan disambung empat minggu lagi iaitu sehingga 9 Jun 2020. Pada masa yang sama, beliau turut memberitahu bahawa perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan.

Sehubungan itu, stesen-stesen TV dan radio dibenarkan memainkan lagu raya bagi menceriakan suasana. Antara lagu yang dijadikan contoh semasa sidang media tersebut ialah "Jange Kelik La Weii" ciptaan Eddie Hamid.

Satu kejutan yang paling bermakna

Menerusi laporan Harian Metro, komposer terkenal, Eddie Hamid menganggap pengumuman Perdana Menteri semasa sidang media semalam merupakan kejutan yang paling bermakna buat dirinya sepanjang 30 tahun berkarya. Sejak dari tahun 1990 berkarya, Eddie tidak sangka lagunya Jange Kelik La Weii menjadi perhatian malah, disarankan oleh Perdana Menteri kepada stesen TV dan radio untuk dimainkan.

Saya rasa inilah kali pertama dan terakhir yang menjadi lakaran sejarah manis dalam hidup dan kerjaya apabila Perdana Menteri menyebut dengan betul sebuah karya dihasilkan seorang penggiat seni seperti saya. Rasa sangat terharu dan tidak menyangka lagu ciptaan saya, Jange Kelik La Weii menjadi pilihan Perdana Menteri untuk rakyat negara ini menyokongnya seiring isu semasa penularan wabak Covid-19 yang kini masih gigih ditangani pejuang barisan hadapan kita.

Tidak diberi kata putus

Tambahnya, lagu tersebut merupakan kerjasama diantara dia dan rakannya iaitu Aris Kapilla dan Mas Khan termasuk Zulkiffli M Ali yang bergabung untuk penulisan lirik yang menarik.

Apapun, nasib lagu Jange Kelik La Weii ini sebenarnya di hujung tanduk kerana saya dalam debaran menunggu untung nasib sama ada ia mendapat peluang dimainkan radio atau tidak. Ia kerana, lagu Jange Kelik La Weii ini sudah dihantar ke stesen radio sekitar lima hari lalu, namun saya tidak diberi kata putus untuk penyiarannya kerana perlu menunggu pengumuman dibuat Perdana Menteri pada semalam berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan atau tamat.

Sejujurnya, saya sangat berdebar dan seawal jam 2 petang sudah duduk di hadapan TV untuk menanti pengumuman itu. Sebaik Perdana Menteri memaklumkan PKPB dilanjut dan judul lagu saya juga disebutnya, memang tak terkata apa kerana amat terkejut. Saya harap pendengar tiada masalah untuk memahami lagu ini. Sebenarnya, lagu Jange Kelik La Weii menyokong saranan kerajaan supaya tidak balik ke kampung meraikan Aidilfitri kali ini.

Di samping itu, Eddie yang sudah dua bulan terkandas di negeri kelahirannya Kelantan kerana PKP sebelum ini, berharap lagu Jange Kelik La Weii diterima baik pendengar muzik di negara ini meskipun ia dinyanyikan dalam dialek Kelantan. Sebagai ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Perdana Menteri, Eddie berkata dia bakal merancang untuk menghasilkan video khas untuk pemimpin negara yang sangat dikagumi rakyat berkenaan.

Sumber: Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular