Pages

Hiburan: Langgar Kontrak, Keputusan Kes Saman Fazura Ditangguh

Hiburan: May 7, 2020 at 06:58AM

Keputusan kes saman yang melibatkan dakwaan penyanyi dan pelakon Nur Fazura melanggar kontrak, ditangguhkan ke 18 Jun 2020.

nur fazura

Menurut sumber daripada Bernama, berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, peguamnya Fakhrul Azman Abu Hassan menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh baharu.

"Kami menerima pangilan telefon daripada mahkamah memaklumkan keputusan itu, yang pada mulanya dijadualkan untuk disampaikan oleh hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril hari ini," katanya.

Pada 16 Dis 2017, pemilik Maydan Trading, Narhamdan Abd Malek telah mengemukakan saman dengan menamakan Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Binti Sharifuddin, sebagai defendan pertama dan Universal Music Sdn Bhd sebagai defendan kedua.

Dalam penyataan tuntutan, Narhamdan selaku plaintif mendakwa pada 10 Ogos 2017 terdapat perjanjian di mana Fazura perlu mengambil gambar dan video dalam tempoh enam bulan bagi kegunaan plaintif dalam pemasaran produk 'Q Tab' yakni produk kesihatan rambut, kulit dan kuku, dalam bentuk 'candy' yang boleh dikunyah, khususnya di media sosial Instagram.

Meskipun masih terikat dengan kontrak, Fazura difahamkan telah melanggarnya apabila beliau difahamkan melancarkan serta memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan iaitu 'TRUDOLLY 'TruBeauty' pada hujung September 2017.

Nur Fazura

Selain meminta ganti rugi RM141,755.61 kerana pelanggaran kontrak, faedah dan kos, plaintif antara lain juga menuntut pembayaran balik sebanyak RM156,000 daripada kedua-dua defendan kerana pemasaran produk itu diabaikan serta mewujudkan persaingan sekaligus menyebabkan kerugian.

Namun, pada 29 Januari 2018 lalu, Fazura dalam penyataan pembelaannya menyatakan bahawa beliau tidak pernah memasuki apa-apa perjanjian dengan plaintif, tidak terikat serta tidak mempunyai sebarang kontrak perjanjian dengan plaintif.

Sumber: Bernama



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular