Hiburan: May 12, 2020 at 03:23AM
Sejak beberapa minggu lepas, kecoh apabila barisan pelakon dan staf teater "Korupsi Dewan Semandung" mendedahkan bahawa Fauziah Ahmad Daud telah sekian lama tidak membayar mereka.
Kerana tidak mahu lagi bertangguh dalam membayar hutang tersebut, Fauziah atau pun Ogy nekad untuk memanfaatkan kemahiran memasaknya dengan berniaga pes kari.
Idea bernas ini tercetus selepas wanita ini gagal dalam percubaan pertamanya untuk mendapatkan pinjaman kewangan.
Bagi yang tidak mengetahui, resipi perasa tersebut dipelajari daripada Allahyarham Datuk Ahmad Daud iaitu ayah Ogy sendiri dan ia merupakan peninggalan turun-temurun keluarganya.
Bahkan usahanya itu membuahkan hasil kerana telah berjaya menjual 100 balang semasa hari pertama penjualannya.
Malahan, Ogy turut dihubungi ramai pihak yang tidak segan untuk menghulurkan bantuan tanpa meminta balasan wang ringgit pun daripadanya.
Tanpa mengira sebarang bayaran, pes kari tersebut telah dipromosikan oleh personaliti media sosial terkenal, Khairul Hakimin Muhammad dan juga pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi.
Manakala bagi urusan memasak pula, pelakon veteran ini dibantu oleh ibu kepada bekas pelajar kelas lakonannya. Pes kari tersebut mula dimasak seawal jam 9 pagi bagi membolehkan mereka menyiapkan hampir 300 balang sehari.
"Alhamdulillah, saya percaya, jika kita lakukan sesuatu dengan ikhlas, Allah akan permudahkan jalan dengan menghantar orang-orang seperti ini untuk membantu saya."
Semoga urusan Ogy Ahmad Daud dipermudahkan.
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment