Pages

Hiburan: Maria Farida Dan Suami Akui Seronok Jalani PKP

Hiburan: May 9, 2020 at 04:38AM

Pelakon Datin Sri Maria Farida kongsi rasa gembira bersama peminatnya apabila beliau kini difahamkan mampu berjimat cermat sepanjang tempoh kuarantin berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Maria Farida

Maria sempat bergurau manja di ruangan kapsyen yang menyatakan dirinya dan suami sedang seronok sepanjang tempoh PKP.

"Hubby: You know what the best part about being in quarantine is? We don't go out and spend money.

"Me: (clicks ADD TO CHART) That's nice sayang," tulisnya.

Perkongsian yang mendapat lebih 19,000 tanda suka itu mencuri perhatian ramai. Rata-rata peminatnya terhibur dengan penulisannya di kapsyen berkenaan.

Dalam pada itu, peminat Maria juga turut memuji kecantikan pelakon drama Bukan Cinta Aku itu biarpun beliau kini telah berusia 50 tahun.

maria farida

Entri berkenaan juga dihujani dengan pelbagai riaksi, malah turut mendoakan agar rumah tangganya sentiasa dirahmati Tuhan.

Untuk rekod, Maria yang memilik wajah pan Asian ini telah melangsungkan perkahwinannya bersama Datuk Sri Rahman Shakur pada 26 November 2015.



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular