Hiburan: May 28, 2020 at 06:38AM
Pengerusi Finas iaitu Zakaria Abd Hamid menyatakan hasrat ingin melihat filem-filem tempatan diangkat ke peringkat antarabangsa termasuklah dicalonkan ke Anugerah Akademi atau Oscar. Kenyataan tersebut dikongsi di sebuah sidang media melibatkan timbalan dan ketua pengarah Finas.
Bagaimanapun, hasratnya itu mendapat respon dari pelakon-pelakon tempatan yang lain termasuk Tony Eusoff dan Sharifah Amani.
Jangan asyik sembang menang Oscar
Tony Eusoff menerusi laman Twitternya menyifatkan industri kreatif negara kita mempunyai masalah dan perkara tersebut perlu ditangani sebelum meletakkan impian memenangi anugerah di Oscar. Antara masalah yang dikesan adalah dari segi pengurusan produksi dan pengarahan.
Pelakon lelaki ini juga menyarankan agar orang atasan Finas untuk turun padang dan lihat sendiri bagaimana proses penghasilan sesebuah penggambaran. Perlu disemak mengenai latar belakang krew produksi.
Macam mana nak menang Oscar?
Isu mengenai bajet penggambaran bagi sesebuah drama atau filem juga perlu diambil kira. Hal tersebut perlu selaras dengan kualiti filem yang dihasilkan penerbit dan pengarah. Tidak dinafikan, kos penghasilan filem di luar negara lebih tinggi berbanding filem-filem tempatan.
Kita ada ramai orang berbakat dan terpelajar
Sementara itu, Sharifah Amani juga mempunyai pandangan yang sama. Perlu diakui bahawa industri kreatif kita mempunyai ramai orang yang berkebolehan dan terpelajaran dalam bidang ini. Secara tidak langsung, golongan tersebut berusaha untuk merealisasikan impian karya tempatan untuk ke Oscar. Pelakon Sepet ini juga menyarankan agar industri kreatif tidak mempunyai sebarang campur tangan politik.
Sumber: Sharifah Amani, Tony Eusoff
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment