Hiburan: May 22, 2020 at 08:21AM
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak membenarkan mana-mana individu atau pihak untuk melakukan perjalanan rentas negeri. Terutama kepada yang ingin pulang menyambut Aidilfitri di kampung.
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian Facebook Kelantan, seorang individu dipercayai menyalah guna kebenaran rentas negeri. Oleh sebab itu, netizen tidak berpuas hati dengan kelebihan yang diperoleh individu tersebut dan berharap kes ini akan disiasat.
Kabel kemas keming
Menurut perkongsian individu itu, dia sudah mendapat pengesahanuntuk merentas negeri. Selain itu, dia turut berbangga kerana mempunyai kebenaran untuk merentas negeri. Di akhir status tersebut, dia sempat berpesan kepada orang ramai agar tidak iri hati dengan kelebihan yang diterima.
Beri borang kebenaran
Di samping itu, dia turut memuat naik keratan perbualannya bersama seseorang yang memberikannya borang kebenaran merentas negeri. Dia hanya perlu memberi maklumat kepada individu tersebut dan segala proses borang kebenaran akan diselesaikan oleh individu itu.
Netizen bengang
Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan penyalahgunaan kebenaran rentas negeri yang diperoleh individu tersebut. Netizen harap agar pihak berkuasa menyiasat isu ini.
Sumber: Kelantan
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment