Hiburan: May 28, 2020 at 11:01AM
Kebelakangan ini, kecoh diperkatakan warganet apabila pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan suaminya Engku Imran dikhabarkan sedang berdepan masalah rumah tangga.
Hal ini demikian kerana, sejak Februari lalu, Laudya dikatakan memadam fotonya bersama suami di akaun Instagram miliknya temasuklah gambar pernikahan mereka.
Tindakan itu mendapat perhatian netizen sekali gus menguatkan lagi spekulasi hubungan mereka kini bagai dilanda badai.
Malah lebih perit, Laudya juga difahamkan tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya.
View this post on InstagramA post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on
Tebaru, sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini, Laudya dilihat memuat naik fotonya sendirian dengan ucapan ringkas. Namun menjengah ke ruangan komen, posting berkenaan dihujani pelbagai reaksi malah ada yang seakan tertanya-tanya mengapa suaminya tiada di sisi sewaktu bergambar.
Walau bagaimanapun, muat naik berkenaan dipercayai sekadar posting berbayar daripada satu jenama popular antarabangsa.
Sebelum ini, Laudya pernah menyatakan yang dirinya tidak akan berkongsi foto bersama suami di media sosial kerana mahu privasinya terjaga.
Untuk rekod, Laudya dan Engku telah berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di ibu kota.
Sumber: mStar
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment