Hiburan: May 21, 2020 at 06:49AM
Tindakan wanita hamil pulang ke kampung mengundang kritikan selepas dia disahkan positif Covid-19. Seorang individu dipercayai keluarga terdekat tampil menjelaskan keadaan sebenar memaklumkan wanita tersebut mempunyai alasan kukuh untuk pulang dan bukanlah bertujuan untuk menyambut Aidifitri.
Memetik laporan Harian Metro, ibu wanita hamil ini memohon agar menghentikan kecaman kepada anak tanpa usul periksa.
Ada surat kebenaran pulang
Sekadar gambar hiasan
Norazlina Abdul Rahim ketika dihubungi memberitahu anaknya mempunyai surat kebenaran untuk pulang dan dijangka bersalin pada 19 Jun.
Tolong jangan kecam anak saya tanpa usul periksa, anak saya pulang ke kampung untuk bersalin, bukannya semata-mata menyambut Aidilfitri.
Anak saya pulang untuk bersalin memandangkan usia kandungan sudah 35 minggu. Untuk bersalin di Ampang, Kuala Lumpur agak sukar kerana suami anak saya bekerja dan mereka juga mempunyai anak yang masih kecil berusia tiga tahun.
Sejak berita mengenai anak saya tular, ramai yang mengecam tindakan anak saya pulang ke kampung, sedangkan mereka tidak tahu anak saya mempunyai alasan kukuh untuk pulang.
Pada mulanya anak saya agak tertekan sehingga terpaksa nyahaktifkan akaun Facebook untuk sementara waktu. Namun kini keadaannya kembali stabil selepas saya dan suami memujuk supaya bertenang dan tidak mengendahkan kecaman itu.
Wanita hamil ini melakukan rentas negeri dari Ampang pulang ke Kuara Krai Kelantan sebelum disahkan positif Covid-19. Difahamkan dia disahkan positif selepas ke klinik kesihatan ibu dan anak untuk pemeriksaan rutin.
Perlu bersalin secara pembedahan
Sekadar gambar hiasan
Pada awalnya anaknya sendiri sukar untuk menerima hakikat kerana sepanjang di Kuala Lumpur dia hanya berada di rumah kecuali ke klinik untuk pemeriksaan.
Namun saya sentiasa menasihatkan anak supaya menerima perkara ini dengan hati terbuka. Syukur alhamdulillah sehingga kini anak saya dalam keadaan sihat dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Malah, pagi ini saya sempat 'video call' (panggilan video) dengan anak saya dan setakat ini keadaan anak saya dalam keadaan baik.
Namun, doktor memaklumkan mungkin perlu bersalin secara pembedahan memandangkan anak saya positif Covid-19," katanya yang mereka sekeluarga kini dikuarantin selama dua minggu.
Kata ibu ini lagi, mereka sekeluarga kini dikuarantin di rumah selama dua minggu.
Sumber : Harian Metro
Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya
No comments:
Post a Comment