Pages

Hiburan: Pakai Baju Recycle, Masak Menu Simple – 5 Tips Jimat Cermat Raya PKP

Hiburan: May 21, 2020 at 04:56AM

Wabak yang melanda dunia ketika ini sememangnya memberi kesan yang teruk sehinggakan banyak negara terpaksa mengisytiharkan perintah berkurung selama berbulan lamanya bagi membendung wabak ini dari terus menular. Malaysia juga tidak terkecuali menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 16 Mac lalu.

PKP sedikit sebanyak mengubah gaya kehidupan seharian kita terutamanya dari segi kewangan. Ada yang diberhentikan kerja, tak kurang juga ada yang terpaksa berjimat cermat bagi menghadapi norma baru yang dijangka memberi kesan kepada ekonomi sesebuah negara. Jadi ramai yang memilih untuk berjimat cermat raya tahun ini. Lebih baik jangan membazir betul tak?

1. Masak sendiri menu raya

Bagi menjimatkan dan membantu ekonomi keluarga, korang disarankan untuk masak juadah raya sendiri saja di rumah. Tak perlu mengeluarkan duit untuk tempah makanan seperti tahun-tahun sebelum ini. Lagipun, air tangan anda untuk disajikan kepada keluarga kan lebih sedap. Kalau memasak sendiri di rumah, kita boleh sediakan apa saja juadah yang kita nak. Lagi sedap!

Tak pandai masak? Join je group Masak Apa Hari Ni di Facebook. Untuk para suami, group Suami Masak Apa Hari Ni memang sesuai untuk lelaki positif yang mahu belajar masakan.

2. Baju raya recycle

Nak dekat raya ni, ramai yang inginkan baju raya baharu. Disebabkan tahun ini dunia dilanda wabak Covid-19, suasana perayaan pun sedikit sebanyak berubah. Dah tak boleh berkumpul ramai-ramai dengan saudara besar dan tak perlu juga 'show off' baju raya.

Untuk nak jimatkan duit, pakai saja baju raya lama! Alah, cukup sebagai syarat memuatnaik gambar ke media sosial. Nak lagi menarik, cuba mix and match baju raya lama. Kalau dah tak muat itu faham faham jela!

4. Kuih raya tak payah beli

Jangan bazirkan wang anda untuk membeli barangan tidak diperlukan. Banyak benda yang kita boleh jimat untuk hari raya dalam PKP tahun ini. Antaranya adalah kuih raya. Bukannya ada orang nak datang beraya di rumah pun, jadi, tidak perlu nak membeli berbalang-balang kuih raya ye.

Tapi kalau nak ada 'mood' hari raya, buat saja kuih dalam 2 atau 3 jenis. Lagi jimat! Ala buat je kuih raya yang mudah seperti  semperit dan tart, janji ada!

4. Duit raya suruh anak simpan

Walaupun duit raya kanak-kanak dijangka berkurang tahun ini, didik mereka untuk menabung dengan bijak. Jika sebelum ini duit raya tersebut digunakan untuk membeli barangan yang diidamkan, kali ini simpang sebagai persediaan di kemudian hari. Secara tidak langsung, tindakan itu akan mendidik anak menjadi lebih amanah dan bertanggungjawab.

5. Simpan lebih duit, buat standby

Ramai masih lagi tidak mempunyai kesedaran akan kepentingan berjimat cermat. Risau pula PKP akan diteruskan, sedikit sebanyak punca rezeki terganggu. Sebagai langkah persediaan awal, anda perlu membuat simpanan. Tak perlu keluarkan banyak wang untuk menyediakan keperluan raya. Lagipun, raya tahun ni kan #stayathome je. Janji beraya dengan ahli keluarga dalam rumah itu lebih penting.

Jadi, diharap sepanjang tempoh PKP ini dapat membantu anda sekeluarga berjimat cermat bagi membantu ekonomi keluarga. Jangan membazirkan wang untuk perkara yang tidak penting. Sekurangnya, anda perlu ada wang simpanan untuk perkara kecemasan yang tidak disangkakan. Apa salahnya kalau raya tahun ini lain dari sebelumnya, kan?



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular