Pages

Hiburan: Puteri Aishah Masih Teragak-Agak Untuk Meneruskan Penggambaran

Hiburan: May 24, 2020 at 04:41PM

Siapa tak seram kalau dah disahkan positif COVID-19 kan? Ternyata pengalaman berada di Hsopital Sungai Buloh selama 11 hari telah memberi kesan atau impak yang ketara terhadap Puteri Aishah.

puteri aishah

Walaupun telah disahkan negatif COVID-19, ternyata Puteri Aishah masih lagi trauma untuk meneruskan penggambaran. Walaupun keputusan untuk menyambung penggambaran filem selepas Hari Raya telah dibenarkan, beliau masih lagi risau terhadap pematuhan prosedur (SOP) oleh syarikat produksi.

Sejujurnya, Puteri masih belum rasa selamat untuk pergi ke mana-mana kerana pandemik ini masih berleluasa. Kita masih belum menang sebenarnya

Tambah Puteri Aishah lagi, beliau masih lagi risau dan takut untuk menjalani penggambaran di luar negara. Ujarnya lagi, jika beliau yakin pihak syarikat produksi akan mematuhi segala SOP yang ditetapkan, keputusan untuk hadir di lokasi penggambaran akan dipertimbangkan.

puteri aishah

Puteri Aishah juga risau akan kebolehan dirinya untuk menyesuaikan diri apabila berada di lokasi penggambaran.

Seboleh mungkin Puteri tidak mahu susahkan sesiapa, tetapi Puteri kena fikir keadaan diri dan kesihatan Puteri.

Pada 31 Mac lalu, Puteri Aishah pulang ke Malaysia setelah menjalani penggambaran drama Demi di Iverness, Scotland.

puteri aishah di scotland

Setelah pulang ke Malaysia, Puteri adalah diantara 6 krew yang telah disahkan positif COVID-19. Pada 18 April, Puteri telah disahkan bebas COVID-19 setelah menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh selama 11 hari.

Baguslah kalau Puteri menekankan isu SOP di lokasi penggambaran. Siapa tak risau bila wabak COVID-19 ini masih belum lagi dapat dibendung sepenuhnya kan?

Sumber : BH Online



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular