Pages

Hiburan: Remaja Perempuan Jatuh Cinta, Lari Ikut Kekasih 35 Tahun Maut Dipenggal Bapa

Hiburan: May 28, 2020 at 06:31AM

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun, maut dipenggal bapa kandung sendiri ketika sedang tidur. Kejadian tersebut dipercayai berpunca apabila lelaki tersebut berang dengan tindakan anaknya yang cuba melarikan diri bersama kekasih hatinya yang lebih berusia daripadanya.

Menggunakan sebilah sabit

Menerusi laporan Mirror.co.uk, remaja perempuan yang dikenali sebagai Romina Ashrafi dipercayai cuba melarikan diri bersama seorang lelaki yang lebih tua daripadanya sebelum pihak polis berjaya menangkap mereka. Bapa Romina dipercayai membuat laporan polis di sebuah balai semasa kejadian tersebut berlaku. Setibanya di rumah, gadis dari Talesh, Iran itu dipenggal bapanya menggunakan sebilah sabit ketika sedang tidur.

Serah diri

Selepas membunuh anak sendiri, suspek tersebut akhirnya menyerah diri kepada pihak polis sambil membawa sabit yang digunakan ketika membunuh mangsa. Menurut Gabenor wilayah tersebut, Kazem Razmi memberitahu siasatan masih dijalankan dan suspek masih direman. Tambahnya, maklumat berhubung kes tersebut akan diberitahu kepada umum selepas proses undang-undang.

Tindakan kejam suspek turut menimbulkan kemarahan rakyat negara tersebut. Rata-rata daripada mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap ayah kandung Romina.

Sumber: Mirror.co.uk



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular