Pages

Hiburan: Rentas Daerah Ketika Sambutan Aidilfitri Di Pahang Tidak Dibenarkan

Hiburan: May 13, 2020 at 05:01AM

Sempena perayaan Aidilfitri yang bakal tiba, pergerakan rentas daerah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika sambutan Aidilfitri di Pahang adalah tidak dibenarkan.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali menjelaskan larangan tersebut dibuat kerana terdapat kesukaran untuk memantau orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPB yang ditetapkan pihak kerajaan.

Ziarah terbaik adalah dalam kawasan taman

Sekadar gambar hiasan

Katanya lagi, ziarah hari raya hanya dibenarkan di rumah jiran yang terletak di kawasan perumahan sahaja dengan mengawal jumlah pengunjung.

Aktiviti ziarah Aidilfitri antara daerah dengan daerah tidak benarkan sama sekali kerana ia membabitkan jarak jauh. Ziarah yang terbaik adalah dalam satu taman kerana kita pasti mengetahui status jangkitan Covid-19 di kawasan taman terbabit.

Kita bimbang jika ziarah rentas daerah dilakukan ia boleh mengundang penularan jangkitan wabak Covid-19 memandangkan kita tidak mengetahui tahap atau status kesihatan individu yang datang berkunjung rumah.

Menurutnya, ekoran wabak pandemik yang masih belum selesai, masyarakat harus sedar bahawa perayaan Aidilfitri tahun ini tidak meriah seperti tahun-tahun sebelum.

Berpuas hati dengan SOP premis perniagaan

Sekadar gambar hiasan

Berkenaan SOP PKPB di premis perniagaan, pihaknya berpuas hati dengan langkah keselamatan yang diambil iaitu dengan menampal notis bilangan pelanggan yang dibenarkan masuk, ujian saringan suhu badan, penyediaan hand sanitizer dan sebagainya.

Saya berpuas hati dengan SOP yang dipatuhi namun kita akan terus pantau supaya orang ramai dapat mematuhi garis panduan sepanjang masa buka hanya ketika anggota polis ada sahaja.

Jika ada yang ingkar dan degil, nasihat serta amaran akan diberikan.Tindakan undang-undang akan dikenakan selepas kita mendapat arahan Ketua Polis Negara.

Mohd Noor berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan Pemantauan Pematuhan SOP PKPB di premis perniagaan dan pusat beli belah sekitar Kuantan semalam.

Sumber : Harian Metro



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular