Pages

Hiburan: Resepi Menu Raya Ringkas Sesuai Untuk Si Bujang Di Perantauan, Macam Air Tangan Ibu!

Hiburan: May 20, 2020 at 06:21AM

Bila tiba hari raya, pasti ramai terbayangkan keenakan rendang, lemang, ketupat dan pelbagai lagi juadah istimewa. Masakan air tangan ibu amat dirindui lebih-lebih lagi tahun ini orang ramai tidak berpeluang pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

Bagi si bujang yang beraya di perantauan, apa kata anda cuba 5 resepi yang kami senaraikan ini. Sekurang-kurangnya masakan persis air tangan ibu ini mampu memeriahkan lagi syawal anda.

Lontong kuah lodeh

Resepi daripada ilhamdini.com

Bahan-bahan kisar:
Segenggam udang kering
Sebiji bawang besar
5 biji bawang merah
1 inci kunyit
1 inci lengkuas

Bahan kuah:
1 paket santan
5 cawan air
Gula garam secukup rasa
Fucuk, kubis, terung, kacang panjang, lobak merah, suhun, ikut suka nak letak banyak mana
Tempe dan tauhu dipotong kecil dan digoreng terlebih dahulu
Serai 2 batang diketuk

Cara-cara membuatnya:
Panaskan air, masukkan semua bahan kisar dan 2 batang serai. Biarkan sehingga mendidih dan sebati. Masukkan santan, kacau dan biarkan sehingga kuah sedikit pekat. Masukkan semua sayuran dan suhun. Jika suka, korang boleh letak udang dalam kuah ni. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Sedia dihidang bersama potongan nasi himpit dan sambal ikan bilis. Boleh juga tambah serunding daging/ayam. Selamat mencuba.

Laksa penang

Resepi daripada Afy AL Habibi

Bahan kisar 1 (Kisar halus semua bahan dengan secawan air):

– 4 ulas bawang merah saiz bola pingpong
– 1 ulas bawang putih
– 1/4 bawang Holland
– 1-2 tangkai cili padi
– 1 batang bunga kantan kecil
– 3 hiris lengkuas
– 1 batang serai
– secubit belacan

Rebus ikan selayang/ sardin:
Afy guna 4 ekor saiz besar. Kalau guna saiz kecil, guna sebanyak 7-8 ekor. Setelah siap, asingkan isi dari tulang. Kisar isi ikan dengan lumat. Tambahkan air menutupi paras ikan. Seterusnya, kisar pula tulang ikan dengan sedikit air untuk rasa yang lebih sedap.

Tapis tulang ikan yang juga dikisar dengan penapis. Tambahkan lagi satu cawan air.
* kuantiti air yang ditambah bergantung kepada kepekatan yang diingini.
* jangan terlalu cair untuk rasa kuah yang sempurna.

Selepas bahan kisar 1 dimasukkan dalam periuk, tuang isi ikan yang dikisar tadi.

Masukkan 3 1/2 sudu besar penuh cili kisar. * tambah atau kurangkan mengikut kuantiti kuah yang digunakan.

Masukkan pula:
– 2 batang bunga kantan yang dibelah 4
– Segenggam daun kengsum
– 2 keping asam gelugur

Seterusnya perasakan dengan:
– 1 1/2 sudu besar gula ( taknak letak pun takpa. Ikut cara sendiri ye )
– 1 sudu besar perencah Hilal
– 3/4 sudu besar garam * kuantiti terpulang pada citarasa sendiri/mengikut sukatan kuah yang terhasil.
Biarkan kuah mendidih beberapa kali dalam api perlahan.

Siap untuk kuah laksa penang yang lazat di tekak sendiri.
* boleh keluarkan semula asam keping selepas kuah masak. Nanti rasa masam menguasai jika dibiarkan terlalu lama.

Rendang daging kisar

Resepi daripada Zara Zahara

Bahan-bahan:
– 1 pack daging kisar ramly 400gram (di potong-potong)
– Santan
– 3 sudu besar cili boh
– Setengah keping gula melaka/nisang
– Garam
– 3 batang serai di ketuk (untuk tumisan)
– 1 batang serai*
– 2 biji bawang besar*
– 3 ulas bawang putih*
– Kunyit hidup sebesar ibu jari*
– Lengkuas sebesar ibu jari*
– Halia sebesar ibu jari*
– 5 biji cili api*
– 2 sudu besar kerisik
– Air asam jawa
– Daun kunyit di hiris halus
Kisar halus bahan yang bertanda*
Untuk daging, goreng sekejap hingga separuh masak dan ketepikan. Air dari daging dan minyak bekas goreng daging jangan di buang.

Langkah-langkah:

1. Tumis bahan yang dikisar dan serai yang telah diketuk hingga pecah minyak.
2. Masukkan cili boh dan gula melaka/nisang. Tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Tambahkan sedikit air dan biar hingga mendidih.
4. Letakkan garam, santan, air asam jawa dan kerisik. Masak lagi hingga santan pecah minyak dan kuah sedikit pekat.
5. Akhir sekali, masukkan daging yang telah di goreng tadi ke dalam kuah rendang. Dan juga hirisan daun kunyit. Didihkan dalam 1 minit je, tak perlu lama sbb daging tu dah lembut. Jangan lupa masukkan sekali minyak dan air dari bekas menggoreng daging tadi. Siap untuk di hidangkan ye.

Tips dan caranya:

Beli daging lembu kisar ramly ni. Pastu kena pastikan daging ni betul-betul keras macam batu ye. Kalau tak keras, letak dulu kat freezer sampai dia keras. Potong daging macam hakak potong ni. Jangan nipis sangat hirisan tu. Daging ni senang nak di potong bila dia keras. Bila dah siap potong, kena masak terus, kalau tak nanti dia lembik dan jadi hancur semula. Kalau boleh, goreng sekejap daging ni dengan minyak panas. Agak-agak daging tu dah separuh masak, angkat dan letak la dalam kuah masak merah ke, rendang ke, kari ke. Masak dalam seminit je tak payah lama-lama sebab daging tu dah lembut.

Soto ayam

Resepi daripada Zaini Abd Rahman

Sup Soto

Bahan-bahannya:
Bawang putih
Bawang merah
Kulit kayu manis , bunga lawang dan buah pelaga
Serai
Kunyit hidup 1 inci ditumbuk
Ayam dada
Serbuk rempah sup

Cara-caranya:
Tumis bawang putih , bawang merah , rempah 3 sekawan dan serai . Naik bau masukkan air secukupnya dan masukkan ayam , kunyit hidup serta serbuk rempah sup.
Biar mendidih dan masukkan garam secukup rasa.
Keluarkan ayam dari sup dan siap.

Ayam

Gorengkan ayam tadi sekejap saja agak-agak garing.
Angkat dan carik carikkan ayam halus-halus

Bergedil

Bahan-bahannya:
Ubi kentang
Daun bawang
Daun sup
Cili merah
Bawang goreng
Telur

Cara-caranya:
Goreng ubi kentang hingga empuk dan lenyekkan
Potong daun bawang , daun sup dan cili merah halus2
Campurkan semuanya dengan bawang goreng
Bulat2kan bergedil .
Celup dalam telur dan goreng hingga garing

Sos

Bahan-bahannya:
Cili padi @ cabai melaka segenggam
Bawang putih 1 ulas
Kicap manis

Cara-caranya:
Blend cabai melaka dan bawang putih
Masak atas api masukkan kicap secukup rasa
Siap!!

Hiasan
1. Goreng tauhu @ tokua hingga garing dan potong nipis
2. Goreng suhun dan ceraikan dia
3. Goreng kacang

Dah siap!!!!
Makanlah dengan bubur nasi atau nasi impit baru umphh!!

Lemang papercup

Resepi daripada Faizah Lax

Bahan-bahannya:
Beras pulut
Santan
Daun pisang
Cawan kertas
Garam

Cara-caranya:
– Basuh beras pulut dan toskan sehingga kering
– Masukkan daun pisang ke dlm cawan kertas
– Masukkan 3/4 cawan beras pulut
– Perasakan santan dgn garam dan masukkan ke beras pulut td
– Masukkan ke dalam kukus
– Kukus selama 1 jam @ bergantung keadaan.
– Pastikan lemang sejuk dahulu baru dipotong

Sumber : Facebook



Klik pautan ini untuk baca sepenuhnya



No comments:

Post a Comment

Artikel Popular